Followers
Friday, May 15, 2009
Nabi Lihat 10 Seksaan Menimpa Wanita
RASULULLAH saw menangis setiap kali mengenangkan 10 jenis seksaan yang dilihat menimpa wanita ketika Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj. Antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda juga melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
“Sayang pada isteri,anak-anak perempuan berpada-pada jangan biarkan kasih sayang kita menjadi penyebab kita dan mereka menghuni neraka… ”
NAU’ZUBILLAH…
Naz : Sila sebarkan... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
kbur wanita lebih dlm dari kubur lelaki
Ab..
Itu baru aku tahu.. tq..
Ya Allah Naz...
menggigil aku baca n3 nih..
walupon ini seksaan bagi perempuan,tapi aku turut merasa kesakitan yg amat..mcmane nak menahan tu??mcmane pula klu itu kaum keluarga kita sendiri??
hukuman kat dunia masih boleh lagi bertoleransi tapi kat akhirat nnt..
Astagfirullah..takut woo..
Bagaimana pula dgn seksaan lelaki Naz??
nauzubillah..astaghfirullah...
tq naz..
at least ko refresh kan kesedaran aku..
huhuu
manusia kne saling sering nasihat-menasihati..
Kita buat sebaik yang boleh. Lepas tu tawakkal...huhuhu. Dosa tunjuk rambut pun dah dapat hukuman camtu...
minta dijauhkan..
rerajin post en3 cm ni..
Man..
seksaan lelaki lagi dasyat kot pesal lelaki yg memimpin wanita. kalo isteri kita buat, kita juga akan tanggung dosanya... Nauzubillah...
SuFy...
sama2lah kita tambahkan ilmu agama... :)
FiNa...
sama2... kekalkan tudung kat kepala ko tu. jng bukak2 kat publik. kalo aku nampak ko bukak tudung kat mana2, aku kejar ko... :)
Lela..
kita cuba jauhkan apa yg ditegah agama.. niat kena ada, Insyaallah Tuhan akan tunjukkan jalan... :)
green...
Insyaallah, saya akan cuba buat n3 sebegini...
Betol tu.
laki tang aurat mmg sikit tp more kpd tanggungjawab membimbing..
klu laki menghalang,perempuan pon kurang juga buat dosa..
hmm..
Nauzubillah..
takutnye..
thanks for reminding us..
=)
huuhu... ko kejar aku???
takut..
eleh........
aku tak lepas tudung ni bukan sebab ko naz, tp sebab mencari keredhaan-Nya...
Post a Comment