Followers

Sunday, March 1, 2009

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

'Kelebihan Surah Al-Ikhlas.'

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … bismillahirrahmannirrahim”
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat tersebut, kemudian bacalah surah Al- Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Kerjakanlah solat lima waktu tanpa henti kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”.
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llahahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al- Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya “Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al- Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al- Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al- Ikhlas.”
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
* Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

27 comments:

amirul said...

Salam Naz,
Thks sudi kongsi ilmu2 berguna dari kotak mail u... semoga ianya sedikit sabnyak memberi manfaat kpd mereka yg memerlukan... insyaallah...

Naz said...

Salam kembali bro Amirul...
Sama2. Apa yang baik kita ambil dan jadikan panduan. :)

hysMan.. said...

Salam Naz...
Islam tu agama yg mudah..
setiap detik,setiap saat adalah ibadah utk kita..
bace surah pendek yg hanya 4 ayat je pon da dapat manfaat..
tak sampai 5saat pon..(kalu bace tak ikut tajwid ler..hehe)
tapi nape ramai yg membelakangkannya??pelik bin ajaib..mungkin dorang pk dorang sempurna kot..hmm..

Tadi tghari tgk astro ria,tgk trek salebriti yg gi audition akademi fantasia,masyaAllah..teruk betul pakian depa..da takde agama ka??
laki ke pompuan sama je..tak takut ke??nnt kalu kita tanya,depa jawab ko tuhan ke nak judge aku..huh!!!
hmm...

Naz said...

Salam kembali Man...
perkara2 mcm tu yg mungkin penyebab diturunkan bala oleh Allah. dah tahu aurat tu wajib kena tutup, tp masih ramai yg berlumba2 nak dedah. mungkin mereka bangga kot. aku rasa malu kat bangsa lain pasal bangsa kita ni kelahatan lebih hebat dlm soal2 tu. tp soal perkembangan rohani dan intelektual bangsa kita dah jauh tercicir ke belakang...

hysMan.. said...

watzzzuup bro naz...!!!
betul..betul..betul..
haha..ni chek nak habak lagi satu cite pasai hiburan kita ni td..
td jugak wartawan melodi (wartawan cina) tanya si sape tah nama pelakon Spa Q ade skandal dgn jantan cite tu jugak,mak ai panas wehhh....peluk2,teguk air setan..nampak lurah dendam...tua tak sedo diri nampaknya beliau..org cina sendiri tanya si pelakon tu tak malu ke satu malaya tau??jawapan yg tak bernas la wei die bagi..aku malas ank ulang..wat dosa je..aku yg tengok segan beb.....
waduh2....gawat sih..
lantak ler die..

naz,ko terer tak bab2 agama nih??aku nak tanya sikit..huhu...

Naz said...

nak tanya pasal agama kena tanya ustaz. aku x brani nak jawab perkara2 yg aku sendiri masih cetek.

ooo... pelakon spaQ tu. aku ada gak dpt email pasal gambo dia. fuh.. tarik napas panjang aku time tu. terukkan? wartawan bangsa lain interview dia tanya pasal kes ni. kita doakan saja dia akan berubah. mungkin dia x sedar dng apa yg dah dia buat. semoga dia boleh berubah dan kita pula ambil iktibar. jng sampai saudara perempuan kita terikut. tp aku yakin semua ni ada hikmahnya. just think and learn...

hysMan.. said...

die sedo tapi buat2 tak sedo..
wakakakaaa..
sama gak mcm solat..kita sedo da masuk waktu tapi lengah2kannya..hehee..
ade beza ka????
:p

Naz said...

Man, rasanya x der beza. isunya satu. melengah2kan dan melambat2kan. ish... terkena kat aku juga ni...

Al Sunna said...

Assalamu alaikum,

Nice blog, the content in this blog is very useful to the people who are looking out for islamic knowledge.

Anonymous said...

buy valium online no prescription valium pill identification generic - buy valium shanghai

Anonymous said...

zolpidem pronunciation zolpidem high blood sugar - zolpidem tartrate withdrawal

Anonymous said...

buy zolpidem ambien prescription drug - buy ambien us pharmacy

Anonymous said...

alprazolam buy xanax for anxiety side effects - drug test xanax long

Anonymous said...

buy diazepam cheap diazepam valium drug test - diazepam 5mg effects

Anonymous said...

alprazolam no prescription took 3 xanax bars - pfizer xanax 1 mg

Anonymous said...

buy valium online buy valium online topix - buy valium online australia no prescription

Anonymous said...

valium diazepam buy diazepam valium - diazepam dosage forms

Anonymous said...

buy ativan ativan online overnight - ativan 1 milligram

Anonymous said...

xanax online no prescription xanax vs sleeping pills - buy xanax online india

Anonymous said...

ativan 2mg apo-lorazepam tab 1mg - ativan side effects eyes

Anonymous said...

xanax online snorting generic xanax - what do generic xanax pills look like

Anonymous said...

buy xanax how many xanax 1 mg to get high - xanax 1mg insomnia

Anonymous said...

buy zolpidem online ambien 10 mg price street - what is ambien 10mg used for

Anonymous said...

buy ambien online ambien effects - price of ambien 10 mg

Anonymous said...

buy valium online many valium 5mg get high - valium drug choice

Anonymous said...

buy somas online carisoprodol 350 mg high - does generic soma look like

Anonymous said...

buy valium online can take 2 5mg valium - valium effects on the brain