Followers

Monday, March 30, 2009

Apakah Pelaburan Yang Paling Menguntungkan?


Naz : Ni e mail yg aku dapat beberapa hari yg lalu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Naz, apa khabar? Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat di
samping orang yang tersayang.

Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis pelaburan dan ada di
antara pelaburan yang tidak memberikan pulangan yang baik kepada
kita.

Ada juga pelaburan yang memberikan kita keuntungan namun
kadang-kala ada juga ruginya.

Jadi, apakah sebenarnya pelaburan yang sentiasa menguntungkan tanpa
mengalami sebarang kerugian?

Pelaburan yang sentiasa memberikan keuntungan kepada kita ialah
pelaburan terhadap ilmu!

Mungkin sudah ramai yang tahu bahawa pelaburan paling menguntungkan
ialah pelaburan terhadap ilmu yang akan memberikan pulangan segera
kepada pengetahuan kita.

Namun jawapan tersebut sebenarnya masih kurang tepat.

Donald Trump dalam satu temubual pernah berkata "Pelaburan yang
paling menguntungkan dalam hidup saya ialah pelaburan terhadap ilmu
yang saya segera praktikkan!".

Jadi, jika selama ini anda merasakan pelaburan anda terhadap ilmu
adalah perkara yang menguntungkan namun sejauh mana anda praktikkan
ilmu tersebut?

Kami percaya bahawa Naz mungkin telah menghadiri pelbagai
seminar dan membeli pelbagai produk, namun bilakah anda mahu
bertindak?

Praktikkanlah segera ilmu-ilmu yang telah anda laburkan agar
pelaburan anda adalah satu pelaburan yang menguntungkan.

Ingat mempraktikkan ilmu adalah satu kuasa dan kami di sini
sentiasa mendoakan kejayaan anda! Amin.

Sekian,
Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com

p/s: Naz juga boleh melabur sedikit wang anda untuk menghadiri
bengkel membina web jualan yang akan di adakan pada 4hb April ini.
Klik di sini untuk maklumat lanjut:

[+] http://majalahim.com/bengkel-minisite

Naz : Ilmu yang bermanafaat adalah pelaburan yang sungguh menguntungkan di dunia dan di akhirat...

7 comments:

Dj Epoi said...

Walweiiiiiiiiiiiiii gua masuk link tuh dah setegah jam dah!!!! tapi takley gak masuk........tatak untung daaaaaaaaaaaaaaaaaa...hehhehehehe

Betui...Banyak Ilmu...sendirik yang untung........
jadik rajin2 tambah ilmu..

hysman said...

gwa stuju tu..
klu ade ilmu tapi tak pandai nak praktikkn nye sama je peginye..
lama2 ilmu tu sendirinye ilang..
baek takyah blajo..
ilmu,praktik dan pengalamn..
sama pentingg..
yoyo'ooo je aku..hehee..

Naz said...

Dj Epoi..
aku bukak dr sini ok jer.. mungkin website tu tngh maintanence kot??

kena rajin tambah ilmu dan rajin juga kongsi ilmu... the best investment...

Naz said...

Man..
Betul la tu apa yg ko taip tu. x salah langsung pun... slalu ilmu yg kita jrg praktikkan ialah ilmu kat sekolah dulu.. agak2 berapa peratus yg kita gunakan? hehehe... aku pun sama... :)

hysman said...

btui3x..
sama cam aku..
tapi bila aku da beso gedabak nih blajo sambil Latihan Industri dlu,wlupon sambil keje jadi kuli dgn memepraktikkn ilmu yg diblajo memang sonok..kdg2 ape yg kta blajo kat klas tak sama ape yg kita buat melalui pengalaman seharian bekerja..
suma2 sama2 seiringan..
am i rite??
hahaaa...

Naz said...

Man..
yup.. aku pun sama juga. blajo nak rak, time kerja cuma pakai sikit jer.. bila lama x guna, formula2 dan apa yg blajo dulu hilang begitu saja. dah berkarat dah kepala hotak pokcik nih... tp time kerja, kita akn dpt ilmu2 baru...

hysman said...

yepp,tp ilmu baru tu tak overall juz ilmu baru part bidang yg kita consentret tu je..
hmm...
so take a risk to gain our knowledge..
:)