Followers

Tuesday, May 12, 2009

Petua Yg Berguna (Part 2)


Sambungan entry semalam...

31) Kencing manis
- Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

32) Demam kuning
- Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

33) Penyakit kuning
- Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

34) Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

35) Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan airc.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

36) Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:”Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

37) Pening Kepala
- Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
- Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

38) Ubat Kencing Batu
- Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

39) Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
- Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

40) Sakit Kepala
- Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

41) Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

42) Cirit-Birit
- Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

43) Kencing Tidak Lawas
- Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

44) Menyembuhkan Luka
- Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

45) Menyembuhkan sakit gigi
- Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

46) Untuk mendapat anak
- Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

47) Jika terlekat tulang
- Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

48) Untuk mengubati penyakit batu karang
- Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

49) Penawar racun dan sengatan binatang berbisa
- Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

50) Penawar jika dipatuk ular
- Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

51) Penawar gigitan anjing gila
- Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

52) Untuk merawati masalah batuk kering
- Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

53) Penawar sesak nafas
- Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

54) Penyakit gagap
- Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

55) Batuk Biasa
- Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

56) Benjol dan luka yang teruk
- Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

57) Mempercepatkan penumbuhan rambut
- Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

58) Mata berselaput
- Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

59) Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
- Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

60) Pelembap muka
- Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

61) Membersihkan Muka
- Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Naz : Habis dah.. boleh la try petua orang2 Melayu kita ni ya..

31 comments:

joegrimjow said...

ku saka yg 46!!

Naz said...

joegrimjow...
hmmm... tu bagus utk yg nak dpt anak. brani nak test??? ;)

hysman said...

nnt aku cuba try petua 39 tuu..
sonang bangat tuu...
hehee

Sulela said...

Cara no.35 tu...doktor kata kalau demam takleh selimutkan badan ngan kain tebal...huhuhu.

Banyak petua ni guna madu ye. Khasiat madu memang banyak...hehehe

pu3 balqis said...

mabruk..
info berguna.. cam laman perubatan lak..
;P
izin link.. slama ni baca ja..

Dj Epoi said...

Cuba Lu dapatkan Petua untuk Jantung Berlubang Bro......
Gua harap2 sangat kalau ader kawan2 yang lain yang boleh dapat kan petua ini...
Tq

Naz said...

Man..
mkn ubi kayu mentah tau. jng rebus.. hehehe... ko ada gastrik ker??

Naz said...

Lela..
kenapa x boleh selimut dng kain tebal kalo demam?? aku kalo demam aku slimut kain tebal smpai berpeluh. sok pagi bngn rasa sihat dan segar...

Madu memang bnyk khasiat. aku pernah x der makanan kat dapur. nak kluar malas. so aku minum madu 2 sudu. smpai mlm rileks jer, x lapar langsung...

Naz said...

pu3 balqis...
boleh.. silakan. buat mcm rumah sendiri. sesekali wat n3 pesal petua. mana tau boleh membantu kawan2 di luar sana... :)

Naz said...

Dj Epoi..
aku x der petua ubati jantung berlubang. rasanya kena buat operation. tp, mungkin ada alternatif lain... kalo ada, aku roger2 lu. kawan2 kt sini kalo ada kongsi2 la skali yer... :)

Sulela said...

Doktor kata panas tu tak keluar dari badan. Masa demam tu diharuskan mandi walaupun rasa sejuk. Lepas tu jangan pakai baju tebal. Tapi aku ada dengar ceramah agama, ustaz Shamsuri tu kata letak kain basah kat kepala dan perut. Demam tu berasal daripada makanan yang kita makan. Jadi, perut tu la puncanya.

Ai makkkk...punyalah malasnya ko nak keluar carik benda makan ye...hehehe.

Naz said...

Lela... mcm tu ya? baru aku tau. kalo aku demam nnti aku nak try letak kain basah kat perut dan kepala..

aku ni time malas dtg, nak makan pun malas...

Sulela said...

Hehehe...aku suka demam. Boleh mencuci dosa2 kecil kalau aku bersabar...hehehe

Baru petama kali aku baca statement orang malas makan...hehehe.

Naz said...

ooo... mcm tu pun buleh? kalo demam bola boleh ker? hehehe...

jng ko x tau. aku ni pelik mcm alien baru smpai bumi. hahaha...

Sulela said...

Kalau demam bola, minum coca-cola, lepas tu kene penampar sebab tin coca-cola bersepah atas meja diserikan dengan kulit2 kacang...kekekekeke

Ecehhhh...tu tak ngaku la ko penghuni planet Zargus ye? Kalau sampai ke bumi, tentu la ko dikira sebagai alien...ahahahaha

Naz said...

aik, mcm ada pengalaman jer Lela...

aku kat zargus sebagai pelancong ajer. aku di kira sebagai alien kat pluto. tp alien yg baik dan hensem... hahaha...

hysman said...

aku tahun sblom nih byk kali kena gastrik..
klu time pose mesti kena 2-3 kali ler..so terpaksa ponteng berbayo ler..hehe..

penah skali 2tahun lepas time pose,aku nak jawap final paper kat dewan ada gap aku gi klinik sakit sangat tak tertahan nih..
dokter ckp nak ubat cepat @ lambat baik gastrik nih,aku ckp nak cepat coz nak jwb peksa..last2 dokter pompuan tu enject kat punggung aku..
hehe...aduiii..
klua2 mmbr2 aku dok gelak..
cis!!!
Alhamdulillah aku dpt jwb dgn selesa tapi petang tu gastrik semula...mkn ubat duit lagi..
hmm..

Naz said...

ooo.. gastrik. tentu sakitkan Man? yg aku tau, gastrik dtg bila perut kita kosong. makanan dlm perut x der, tp asid yg ditugaskan menghadamkan makanan tu keluar. jadi dinding perut kena asid tu, sakit la jdnya. betul ker?

kesian ko ni. abis tu mcm mana ko jawab paper tu? result ok? adoi.. kena cucuk punggung. mcm baby pulak. ko malu x ngan dokter pompuan tu? hehehe..

hysman said...

betol kot ape yg ko definisikan tu..sakit perut yang amat..mcm yg aku slalu kena..aku takleh bangun..terpaksa mmbr aku papah aku naek keta..time tu aku da takleh pikir ape..
itu zaman blajo tak cukup duit nak makan.skrg da keje terlebih makan,alhamdulillah mula aku start keje tahun lepas tak penah kena lagi..syukur..ko tak penah kena??

paper tu aku juz dpt B+ je..itu yg aku sedey..abistu nak buat camne..dokter tu ckp klu aku juz makan ubat,akan ngantok n amek masa ubat tu nak hadam dlm badan.
terpaksa...malu yg amat..
mmbr aku yg dok anto aku ke klinik suma dok gelak satu polinye depa nak bercerita..cis!!!

Sulela said...

Bukan pengalaman aku, tu pengalaman orang lain...ahahaha

Dan dan kata ko pelancong lak ek...kekeke... Kat planet Pluto, alien yang baik dan hensem selalu jadi mangsa santapan kami. Ada beranik? hahaha

Eh, cerita Man tu aku penah baca kat novel la. Ecehhhh...dah jadi hero dalam novel ke pulok?

Naz said...

Man..
aku kalo kena cirit pun dah rasa mcm nak pitam, inikan pulak gastrik. walaupun aku belum pernah kena, tp aku dpt bayangkn mcm mana rasanya mengikut apa yg ko taip tu. sampai kena papah, maksudnya sakit yg teramat snglah... aku masa blajar dulu pun sama mcm ko. kurang makan pesal duit x der...

kalo ko x kena gastrik hari tu, mesti ko dpt A+ kan? kalo aku ada sekali, aku akan buat mcm kawan2 ko buat. gelak bramai2.. hahaha...

Naz said...

Lela..
pngalaman org lain? ni mesti tngk iklan kat tv tu. ala, iklan kitar semula yg lama tu...

aku berani pesal aku ni x baik dan x hensem. cuma aku ni cute jer... hahaha...

bnyknya novel ko baca Lela. kisah Man pun ada ker? perghh.. x lama lg Man ni akan populer la...

hysman said...

itulah die..konklusinya jgn tak makan dan jgn biokan perut kosong..
bahaya..
hahaha..ko cirit pon sampai nak pitam ke??hehe..
ni pon masalh beso nih..hehe

takde maknanya nk dpt A+..subjek tu mmg susah gaban,dgn pensel 2B tak bwk aiyaaaa,,kenangan..
perghhh,ko pon nak gelak juga??
takpe...huh..

Lela,
novel ape sis??
sama kaa?? tuntasnya ape yg terjadik pada heronya??
kena kidnap kaa??hehe..
populer si hero takleh tandingi dgn alien baik + hansem = cute yg turun ke bumi kan Lela..
hahaa..

Sulela said...

Naz, selalu yang cute kami buat desert...kekeke

Betul la...kisah korang ada dalam novel. Tak silap tajuk dia Soalnya Hati. Kedua2 kisah korang tergabung dalam satu watak. Kalau salah, korang buat tatau je la ek...kekeke. Banyak sangat sampai tatau tajuk yang mana satu...huhuhu

Naz said...

Man.. hari tu aku makan mangga muda cicah banyak sngt. mlm kena cirit... hahaha... moralnya, berhenti sebelum kenyang dan ajak2 member sekali... ;p

subjek susah gaban pun ko berjaya dpt B+ walaupun time kena gastrik. ok sngt la tu. kalo x kena compom dpt 100%. aku gelak jer, pastu aku akan cuba berbaik2 ngan ko balik. hahaha...

ko criter pesal alien, nnti depa turun bumi dan serang, baru tau... ngeh3x...

Naz said...

kalo cam tu, aku ni comel la pulak Lela. biasanya org2 comel ni daging dia beracun. lebih bahaya dr virus Influenza AH1N1... hahaha...

wow, menarik ni. cuba taip, watak apa yg kitorang sama dng hero novel tu?

hysman said...

Hahahahaa..
itulah ko...laen kali pelawa mmbr skit..hahahahahaaaa...

perghh,mmbr camni..ada kaa??
haha..klu ko taknak berbaek dgn aku pon aku tatap berbaik dgn ko juga..sempoii beb..hehe..

klu depa suma chantek2,cun2 tarak takut depa turun..haha..

Naz said...

ok la, nnti aku email ko utk pelawa makan mangga muda cicah...

baiknya hati dan jiwa hang ni. best dpt kawan ngan ko. wat jahat pun, ko x simpan dlm. cayalah...

itu topeng jer. kalo depa buka kulit asal, keluar mata merah, bertaring dan kaler hijau..

hysman said...

oraitt ambo tunggu...
VVIP Invitation OK..
hehe...

sbb aku pon turut bisa buat jahat lagi dan lagiiiii..hehe..

oh 'cute'nyaaa..
hehe

Naz said...

rasanya kat blog Lela ada pesal mangga cicah. ko g aja blog dia tu. x dpt makan, dpt tengok pun jadila.. hahaha...

hukum karma tu... hahahaha...

cute kata ko? bila taringnya menembusi tengkuk ko, barulah ko tahu cute atau x... ;p

hysman said...

aku da tengok daa..
aduhhh!!! ngidam wehhh!!!
hahaha..

hukum karma??bukankah itu hukum persahabatn kita??hehe

time taringnya da tembusi tengkuk aku,aku tak dpt menyatakan samada cute ke tak barangkali roh aku da melayang..jd semestinya ko ingin mengetahui juga ke'cute'tan die pula,jd ko pon testing sama..tuntasnya..hahaha..