Followers

Saturday, May 23, 2009

Kampung Pokcik


Kali ni aku x buat entry pasal kotak email aku. Kali ni aku nak tampal gambar rumah nenda aku kat Melaka dalam blog ni. Lama dah aku x balik sana. Rindu tahap gaban woii.. So, aku dengan tekadnya balik kampung hari Sabtu 9 Mei 2009 yang lepas.

Bila nampak jer rumah ni, hati aku jadi begitu rindu. Aku rindukan zaman kanak-kanak aku kat sini. Walaupun aku balik kampung masa cuti2 sekolah jer dulu, tapi aku rasa masa paling best ialah berada di kampung. Tenang, amai, damai dan jauh dari kesibukan kota.

Trade mark rumah Melaka ialah terletak pada tangganya. Ya, tangga batu... Kat tangga batu kaler2 tu la, aku, adik aku, kazen2 aku dan kawan2 sekampung selalu lepak bila tak keluar mandi sungai, panjat pokok atau masuk estet. Kat tangga ni la juga tempat kami sekeluarga selalu bergambar time pagi raya.

Sebenarnya dulu rumah ni semua kayu. Kemudian diubahsuai, belah dapur dan tepi rumah diconvert menjadi batu. Yang cat kaler biru, tu bahagian yang diconvert. Bahagian tengah rumah saja dikekalkan kayu. Tujuan renovate untuk menambah bilik dan membesarkan ruang tamu. Adik beradik mak aku ada 6 orang. Kalo semua balik serentak time raya atau time2 cuti, tak lah berebut bilik. Tapi aku lagi suka tidur kat ruang tamu pasal boleh layan tv sampai tertidur.


Kat atas ni gambar bekas tapak sawah, betul2 depan rumah. Sekarang dah tak der lagi sawah pesal x menjadi. Nampak tak pokok rambutan belah kiri tu. Kalau musim datang, buahnya lebat sampai tak larat nak petik. Monyet2 pulak suka lepak2 kat pokok tu. Time orang x der, depalah yang bermaharajalela. Tak sekolah punya monyet, main amek jer buah rambutan orang.

Sebenarnya ada sungai kecik kat depan pintu pagar tu, seberang jalan. Dulu-dulu aku dan member slalu bermandi manda secara sembunyi2. Takut nak beritahu kat nenda. Compom beliau akan marah. So, kami beroperasi time nenda tengah sibuk kat dapur. Hahaha...

Gambo kat atas pulak belah tepi rumah. Sebelum renovate ianya kayu dan ada tangga batu. Kalo aku bawak balik gitar kapok, aku layan unplugged sambil duduk kat tembok botol tu. Kalau ada kenduri kendara, kat serambi tu lah tempat memasak selain kat dapur. Kalau sedara mara aku balik ramai-ramai, akan penuhlah tempat ni dengan kain baju dan sotong berjuntai-juntaian pesal dijadikan tempat jemuran, selain kat laman rumah.


Nampak tak beberapa biji buah durian tengah nak jadi? Maknanya dah nak dekat musim la tu. Harap-harap semua buah durian tu akan menjadi. Akan aku bawak 8 guni bila balik kampung time musim tak lama lagi. Yum..yum...

Ni pokok rambutan kat belakang rumah. Pun tengah nak berbuah. Tapi aku heran la dengan pokok rambutan ni. Asalnya buahnya dari jenis rambutan madu yang kaler merah tu. Tapi musim buah tahun lepas, buahnya bertukar jadi kaler kuning. Agaknya kenapa ya?

Cuba teka buah apakah ini? Yum..yum...

Dalam banyak-banyak tempat, 1 tempat yang paling penting dan paling best..... Cuba teka di manakah tempat tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia.... Tempat paling penting dikala kecemasan melanda.

Jamban ni selalu dipandang sepi. Tapi kalau jamban kat dalam rumah dah penuh, jamban ni lah yang menjadi pujaan hati. Siap beratur amek nombor giliran lagi. Nanti aku nak letak kaunter bayaran. Hahahaha...

Ntah bila lagi aku nak balik kampung? Sesekali balik kampung memang seronok. Lebih-lebih lagi kalau dah terlalu lama sangat tak balik. Bila tengok sana, tengok sini... teringat kembali nostalgia dan kenangan lama. Rasa macam nak kembali ke masa silam. Ohhh... rindunya...

Naz : Blog ni akan berehat sehingga hujung bulan ni. So, entry terbaru akan start awal bulan Jun. ;)

Friday, May 22, 2009

8c yang perlu wanita jauhi


C1.
CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…



C2.
CABUL


Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…



C3.
CELUPAR


Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.




C4.
COMOT


Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.




C5.
CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…



C6.
CEREWET


Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.




C7.
CINCAI


Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….




C8 CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Naz : Orang lelaki juga kena jauhi 8c ni :)

Thursday, May 21, 2009

Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


Email ini dari Nursuzry.

"Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala
sangat
sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang
membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelumtidur
maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan
terkejut/mendadak.

2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.

3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.

4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
setiap
kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari,
menaruh
dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar
rumah,
naik dan turun dari kenderaan, dll. Pokoknya selalu membaca
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu
ketika sang
suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku
amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu sang isteripun menerimanya
dengan mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan
mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang
suami
mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.

Lalu ia kembali ke rumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan
emas
tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut)
lalu
menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya
kepada
suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah itu
menceritakan kejadian yang sebenar nya bahawa dia (suami) telah membuang emas
tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui
manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, iaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan
mengambil
dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita
gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh
makhluk lain
(golongan Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka
ketika kita
gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita biasa mengatakan
bahawa
itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian
tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita
(pria
juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya
sendiri
(wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan
golongan jin.
Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu
kepada
kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya. Demikian sedikit
penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari
mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga
setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari,

Amin.

Naz : Baca Bismillah sebelum memulakan kerja..

Wednesday, May 20, 2009

Lawak Indon


Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan Aceh Merdeka).

Bunyinya: “Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak mencangkul kebun jagung ini?”

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. “Demi Tuhan, jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana ,” kata si anak dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota Medan .

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si bapak tulis surat ke anaknya.

“Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang harus bapak lakukan sekarang?”

Si anak kembali membalas surat tersebut, “Sekarang bapak mulai tanam jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin terima kasih sama mereka.”

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.

Naz : Hahaha... bijak2...

Tuesday, May 19, 2009

Ayam Macho


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a…berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang… O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni… cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak’ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

Kata Pemilik : “Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli, dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU”

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA..

Naz : Makin tua, makin berisi.. apakah itu??

Monday, May 18, 2009

Ceritera 4 Lilin


Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

:~Intinyaa…..
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!



Naz : Guna lilin masa 'earth hour'...

Sunday, May 17, 2009

Zina Akan Berterusan Walaupun Dah Di Ijabkabul (Part 2)


Sambungan dari entry ini...
Sedikit masa dulu pernah keluar email ni.. saya forwardkan kembali email beserta komen dari Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa - Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia.

Ini adalah jawapan balas yang diberikan ole ustaz fauzi Mustafa.

Harap dapt dimanfaatkan dan disebarkan

wassalam

SYAHRIZAL BIN MUHAMAD SHUKUR
UNIT PENGURUSAN DATA
BAHAGIAN PEMASARAN
TINGKAT 20,BLOK ANNEX
DATARAN KEWANGAN DARUL TAKAFUL

From: Noor Faiza Fazlil - Takaful Malaysia
Sent: Monday, January 08, 2007 4:43 PM
To: Mohd Fauzi Mustaffa - Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia
Subject: FW: Ramai Yg Tak Tahu...

USTAZ, MOHON PANDANGAN USTAZ UTK E-MAIL DI BAWAH.
ADAKAH IANYA BENAR DAN PERLU DIIKUTI UTK MENGELAKKAN DOSA?

Komen Balas: Mari kita lihat satu persatu.

Ini kesilapan yg sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang...sebarkanla untuk tambah pengetahuan..

Komen Balas: Pengetahuan yang elok disebar ialah yang benar berasaskan sumbernya yang betul sahaja.

Untuk makluman semua. Actually all is clear in Surah-An-Nisaa' , Al-Maidah.

Komen Balas: Tidak pula di kod kan ayat berapa.

Soalan 1 - 5 sangat serius. Biasa dikalangan masyarakat kita bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat kahwinkan.

Dari kenyaaan dibwh, nikahnya tak sah dan dianggap zina ...........

Komen Balas: Pendapat ini adalah salah. Nikahnya sah dan tidak dianggap sebagai zina.

Soalan 1 : Apa langkah yang patut di ambil apabila seorang perempuan mengandung anak luar nikah?

Jawapan 1 : Dia tak boleh mengahwini sesiapa sehingga dia melahirkan.

Komen Balas: Wanita hamil luar nikah boleh mengahwini sesiapa sahaja semasa hamil. Berbeza jika perempuan mengandung setelah diceraikan suaminya maka eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak tersebut.

Soalan 2 : Jika bapa anak tersebut ingin mengahwininya, boleh kah dia berbuat demikian?

Jawapan 2 : Tidak, dia tidak boleh mengahwininya sehingga anak itu dilahirkan.

Komen Balas: Dia boleh mengahwininya walaupun semasa mengandung tanpa perlu menunggu anak itu dilahirkan.

soalan 3 : Adakah perkahwinannya sah jika mereka berkahwin?

Jawapan 3 : Tidak, perkahwinannya tidak sah. Seorang muslim tidak boleh berkahwin dengan wanita mengandung walaupun dia adalah bapanya. *perkahwinan tidak sah kerana belum habis eddah*

Komen Balas: Sah. Wanita hamil luar nikah tiada eddah. Kerana eddah adalah khusus untuk wanita yang diceraikan suaminya sahaja. Sedangkan wanita hamil luar nikah tidak ada suami. Oleh itu dia tiada eddah dan nikahnya sah,

soalan 4 : Jika mereka berkhawin, apa yg perlu mrk buat utk membetulkannya.

Jawapan 4 : Mereka perlu berpisah. Sahkan dia tdk mengandung, lepastu blh berkahwin, baru mengikut syariat Islam.
*benar, perkahwinan tersebut (ketika wanita tersebut hamil) tidak sah dan perlu menikahi semula mengikut hukum.*

Komen Balas: Mereka tidak perlu berpisah. Nikah mereka sah.

soalan 5 : Bagaimana jika mrk tdk membetulkannya?

Jawapan 5 : Mereka hidup berzina krn perkahwinan tdk sah. *benar, perkahwinan yg tidak sah adalah haram dan hukum ketika "bersama" suami isteri adalah seperti berzina.*

Komen Balas: Mereka tidak berzina malah mereka adalah pasangan suami isteri yang diiktiraf oleh hokum Syarak.

Soalan 6 : Apa hak anak luar nikah?

Answer 6 : anak luar nikah tidak mendapat hak yg sama seperti anak yang halal. Malah biological father kepada anak tersebut tidak boleh mewalikan anaknya walaupun telah menikahi ibu kepada anak tersebut.

Komen Balas:

(1) Jika anak luar nikah itu lahir setelah 6 bulan ibunya dinikahi oleh biological father maka dia mendapat hak seperti anak kandung.
Contohnya: Ketika janin itu berusia 2 bulan dalam kandungan, ibunya dinikahi oleh biological father maka 7 bulan 10 hari selepas itu lahirlah anak tadi maka dia boleh di 'bin' atau 'binti' kepada biological father tadi. Ini kerana jarak masa antara berlaku perkahwinan dan kelahiran itu 6 bulan ke atas.

(2) Jika anak luar nikah itu lahir sebelum 6 bulan ibunya dinikahi oleh biological father maka dia tidak mendapat hak seperti anak kandung.
Contohnya: Ketika janin sudah berusia 5 bulan dalam kandungan, ibunya dinikahi oleh biological father maka 2 bulan 10 hari selepas itu lahirlah anak tadi maka dia tidak boleh di 'bin' atau 'binti' kepada biological father tadi. Ini kerana jarak masa antara perkahwinan dan kelahiran itu tidak sampai 6 bulan itu hanya 2 bulan 10 hari sahaja.

Soalan 7 : Bermakna bapanya bkn dianggap bapa yg sebenar dlm Islam. Bagaimana mahram dgn anak tersebur?

Answer 7 : Benar, mereka bkn mahram.

Komen Balas:

Kalau dalam kes (1) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi diiktiraf sebagai bapa kandung KECUALI jika dia menafikan bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan bapa tadi adalah mahram.

Kalau dalam kes (2) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi tidak diiktiraf sebagai bapa kandung SEKALIPUN dia mendakwa bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan bapa tadi bukan mahram.

Question 8 : A Muslim man and a Muslim (or Non- Muslim) woman decides to get married after having lived together, how should they go about it?

Answer 8 : They must separate immediately and the woman must wait for one menstrual cycle (to prove she is not pregnant), before they can enter into a Marriage contract. *benar*

Komen Balas: Mereka tidak perlu berpisah untuk mengesahkan ketidak hamilan malah mereka boleh terus kahwin.

Adalah kewajiban kita sebagai muslim untuk memaklumkan kpd mrk yg terlibat, jika tdk hasil hbgn begini melahirkan lbh byk lg keturunan zina.
Na' uzubillah...

Komen Balas: Kita juga wajib memaklumkan kepada mereka yang ingin menjawab soalan2 sebegini supaya merujuk dahulu kepada sumbernya yang betul supaya umat islam tidak disesatkan oleh jawapan sebegini.

Naz : Jauhi apa yg ditegah agama...

Saturday, May 16, 2009

Rahsia Yang Tersembunyi


Salam sejahtera.

Janganlah kita tinggalkan sembahyang fardhu walaupun satu waktu…tidak ada alasan untuk kita meninggalkan sembahyang selagi nyawa kita masih berdegup… inilah rahsia kita mengerjakan sembahyang fardhu mahupun sunnat

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan “kata kunci”,? “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).-DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamualaikum ……….

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Rukuk : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - Iktidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 -Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 -Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…..” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain…

p/s: jika ada salah silap..sila perbetulkan.. wallahualam..

Naz : Solat itu tiang agama...

Friday, May 15, 2009

Nabi Lihat 10 Seksaan Menimpa Wanita


RASULULLAH saw menangis setiap kali mengenangkan 10 jenis seksaan yang dilihat menimpa wanita ketika Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj. Antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda juga melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

“Sayang pada isteri,anak-anak perempuan berpada-pada jangan biarkan kasih sayang kita menjadi penyebab kita dan mereka menghuni neraka… ”

NAU’ZUBILLAH…

Naz : Sila sebarkan... :)

Thursday, May 14, 2009

Kisah 2 Ekor Anjing


Pada suatu masa dahulu ada dua ekor anjing. Anjing A dan anjing B. They all berdua nie tinggal di sebuah pulau. Setelah agak lama di situ mereka merasa bosan dan berhasrat untuk pindah ke tempat lain lalu si anjing A ni pun mencadangkan perkara itu kepada rakannya.

Setelah persetujuan dicapai anjing A tadi mengadakan latihan dengan belari 20 kilometer sehari, angkat berat dan berjogging (iyala… menguatkan stamina untuk berenang ke seberang…kunun2nya nk cari awek la nie…).

Tapi anjing B tadi buat selamba je… tak ada persiapan langsung. Lalu anjing A nie tadi bertanye, “eh..kau tak buat persiapan ke? rileks je?” Anjing B menjawab, “tak payah buat persiapan semua dah siap”.

Anjing A nie hairan dan berkata pada anjing B.”Lantak kau la,” dan terus dengan latihannya. Maka hari yang dinantikan pun tiba, maka berenang la si anjing A tadi ke seberang… dia menyangkakan yang kawannya si anjing B masih lagi berada di pulau… tetapi alangkah terkejutnya dia bila mendapati yang rakannya anjing B telah sampai dan sedang rileks di tepi pantai.

Lalu si anjing A nie bertanya pada anjing B,”Macamana kau bleh sampai dulu?” Lalu jawap si anjing B..

“Aku ni kan anjing laut!”

Naz : Aku lah Pendekar Laut... ;p

Wednesday, May 13, 2009

LINDUNGI KAD KREDIT ANDA


Kad kredit merupakan instrument pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.

Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bill transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.

Apa yang harus anda lakukan untuk melindungi kad kredit anda, memandangkan kad kredit adalah satu kemudahan bagi anda.

Amalkan

1. Tandatangan
- Setiap kad kredit yang baru diterima haruslah ditandatangani dengan segera.

2. Awasi
- Pastikan kad kredit anda selalu berada dalam pandangan apabila suatu transaksi dilakukan.
- Pastikan jurujual mengembalikan kad , draf jualan dan resit selepas suatu transaksi.

3. Lukis
- Lukis satu garisan pada draf jualan pada ruangan kosong di atas jumlah bayaran atau bulatkan amaun bayaran sebelum anda menandatangani draf jualan tersebut.

4. Simpan
- Simpan setiap draf jualan termasuk draf jualan yang diterima daripada stesyen layan diri.

5. Semak
- Semak penyata kad kredit yang diterima setiap bulan dan bandingkan dengan draf jualan.
- Segera laporkan kepada bank pengeluar kad sekiranya terdapat perbezaan atau ralat.

6. Lapor
- Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, hubungi pusat kad anda dengan segera.

7. Rekod
- Buat senarai nombor akaun kad kredit dan nombor telefon pusat pengeluar kad kredit tersebut untuk digunakan senagai rujukan sekiranya berlaku kecurian kad kredit atau kehilangan.
- Simpan senarai-senarai tersebut di tempat yang selamat.

8. Bayar
- Buat pembayaran kad kredit tepat pada masanya. Berhati-hati untuk mengelak pembayaran lewat dan bayaran penalti.

Jangan:

1. Pinjam
- Jangan pinjamkan kad kredit kepada sesiapa, walaupun rakan-rakan atau ahli keluarga.
- Kad kredit, tidak boleh ditukar milik.

2. Beri

- Jangansesekali beri nombor akaun kad kredit melaui telefon kecuali anda telah mengesahkan bahawa syarikat atau individu yang menerima maklumat nombor akaun tersebut adalah pihak yang boleh dipercayai.

3. Pamir
- Jangan tulis atau simpan nombor PIN anda di da;am beg atau dompet. hafal nombor PIN tersebut dan musnahkan PIN notifikasi.

4. Pandangan
- Jangan benarkan kad kredit anda hilang dari pandangan semasa suatu transaksi. Jangan benarkan ia dilihat oleh orang lain. Ingat kad kredit umpama wang tunai.

5. Hilang
- Jangan lalai dalam pemyimpanan kad kredit. Selalu pastikan bahawa kad-kad kredit berada dalam simpanan anda. Periksalah untuk kepastian.

6. Lebih Berbelanja
- Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Selalu buat kira-kira atau rancangan bagaimana wang akan dibelanjakan.

Naz : Aku lagi suka pakai debit card. Ada duit guna, x der duit x payah guna...

Tuesday, May 12, 2009

Petua Yg Berguna (Part 2)


Sambungan entry semalam...

31) Kencing manis
- Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

32) Demam kuning
- Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

33) Penyakit kuning
- Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

34) Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut

35) Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan airc.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

36) Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:”Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

37) Pening Kepala
- Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
- Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

38) Ubat Kencing Batu
- Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.

39) Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
- Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.

40) Sakit Kepala
- Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.

i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan

ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang

iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala

iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala

41) Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.

42) Cirit-Birit
- Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut

43) Kencing Tidak Lawas
- Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.

44) Menyembuhkan Luka
- Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.

45) Menyembuhkan sakit gigi
- Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

46) Untuk mendapat anak
- Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.

47) Jika terlekat tulang
- Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

48) Untuk mengubati penyakit batu karang
- Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.

49) Penawar racun dan sengatan binatang berbisa
- Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.

50) Penawar jika dipatuk ular
- Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.

51) Penawar gigitan anjing gila
- Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.

52) Untuk merawati masalah batuk kering
- Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.

53) Penawar sesak nafas
- Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.

54) Penyakit gagap
- Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.

55) Batuk Biasa
- Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.

56) Benjol dan luka yang teruk
- Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.

57) Mempercepatkan penumbuhan rambut
- Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.

58) Mata berselaput
- Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.

59) Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
- Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.

60) Pelembap muka
- Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.

61) Membersihkan Muka
- Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

Naz : Habis dah.. boleh la try petua orang2 Melayu kita ni ya..

Monday, May 11, 2009

Petua Yg Berguna (Part 1)


1) Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
- Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

2) Resdung
- Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

3) Kunyit mengurangkan rabun mata
- Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

4) Perut masuk angin
- Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

5) Perut Memulas
- Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

6) Telinga bernanah
- Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

7) Rambut Ubat Kaki Pecah
- Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

8) Jerawat
a. Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b. Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.

9) Rambut beruban
- Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

10) Melebatkan tumbuh rambut
-Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

11) Membuang tahi lalat hidup
- Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

12) Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
- Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

13) Menghilangkan kesan jerawat
- Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.

14) Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
- Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.

15) Daun petai cina ubat seri muka
- Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat barulah dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

16) Kudis buta
- Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

17) Bulu ketiak
- Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

18) Cacar air
- Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

19) Menghilangkan bekas kurap di badan
- Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

20) Menghilangkan bau ketiak
- Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

21) Ubat panau
- Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

22) Menghilangkan parut cacar air
- Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

23) Gatal-gatal malam
- Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

24) Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
- Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

25) Gatal Kulit
- Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

26) Menghilangkan Bulu Ketiak
- Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh. Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

27) Sakit bahagian buah pinggang
- Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

28) Sakit siplis
- Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

29) Bisa-bisa tulang
- Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

30) Lemah jantung dan darah tinggi
- Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Naz : Tunggu part 2 esok pagi...

Sunday, May 10, 2009

Isteri idaman..


Kriteria isteri-isteri idaman adalah:


1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.


2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.


3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.


4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin .....


5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut tidak mengenali satu sama lain... Huhuhu!!

Naz : Mujur kuota lelaki sampai 4 sajer..

Saturday, May 9, 2009

Jgn silap guna perkataan MasyaaAllah


CORRECT, CORRECT, CORRECT,

Alhamdulillah...tolong sebar-sebarkan. Sebarkankepada kawan / sahabat.

Kadang2 kita terpengaruh dengan, terutama citer p.ramlee yang banyak menggunakan 'masyaallah' situasi yang silap. Bayangkan jika anda forwardkan kepada lain, pahala akan terus berganda macam juga buat selling-networking, in this case, pahala yang berganda bukan duit..

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz 'MasyaAllah' ketika dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah 'MasyaAllah' bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG. Mengikut buku 'What Do Say' by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah 'MasyaaAllah' bila kita melihat 'something nice' seperti melihat bayi / kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah
'Astagfirrullahhalazim' (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun 'Innalillah' (Kepada Allah kita kembali).

Tolong sebarkan kepada kawan-kawan. Yang baik dari Allah yang salah dari saya..!

Wallahulam...

Naz : Sebarkan ya kawan2...

Friday, May 8, 2009

Usik Pun Tidak


Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada YANG DI ATAS, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!

Naz : Tengok boleh, pegang jangan... ;)

Thursday, May 7, 2009

BUDAK MELAYU DENGAN RANTAI SALIB?


Betul ker ader orang camnie? Ini aku dapat email dari orang..


BUDAK MELAYU MURTAD!!!
APA ERTI ISLAM JIKALAU SALIB BERMAHARALELA DI LEHER!!
MEMALUKAN BANGSA DAN AGAMA!!
DIA MERASAKAN DIRI DIA HEBAT DAN MEGAH DENGAN SALIP DI DADA…
MEMALUKAN MAK PAK AJA.. MASYAALLAH!! ISH..ISH..ISH..
MACAMMANA NAK YAKINKAN AGAMA LAIN YANG AGAMA ISLAM NI SUCI SEDANGKAN UMATNYA SENDIRI MENGAGUNGKAN SALIP! NIE BUKAN SAJA BAGI MALU MAK PAK TAPI INI DAH MEMALUKAN ISLAM!!
DI DINDIN TERLEKAT KALIMAH ALLAH, DI DADA SALIP BERKUASA. NAUZUBILLAH ANAK SIAPAKAH INI???
MELAYU MACAM NI PATUT BAGI FREE AJE KAT ISRAEL BAGI TEMBAK ATAU PUN KASI SUMBAT BOM DALAM MULUT BIAR MELETUP BERKECAI!!!
TAK ADA ORG KA YG NAK MENGAMBIL TINDAKAN ATAS KEJAHILANNYA??
WAHAI KAUM MELAYU BANGKITLAH TENTANG HABIS2AN..
YA ALLAH BERIKANLAH PETUNJUK DAN HIDAYAHMU KEPADANYA SUPAYA DIA INSAF SEBELUM AJAL TIBA,, AMINNN.

Naz : Astagfirullah... tak tau apa nak cakap.

Wednesday, May 6, 2009

Lawak pendek



1. Hujan

CIKGU: Arip,kenapa kamu datang lewat hari ini??

ARIP : Hujan lebat cikgu... ...

CIKGU: Semalam,kenapa awak tak hadir??

A! RIP : Hujan,cikgu... ...

CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??

ARIP : Banjir, cikgu

CIKGU: @#%#@&%#@$
_______________________________________________________________________

2. Gigi

FARID : Berapa bayaran bagi mencabut sebatang gigi?

DOKTOR: RM 120.

FARID : Amboi mahalnya... .ada yang murah sikit tak?

DOKTOR: Ok, saya boleh kurangkan anesthesic.Saya boleh kurangkan kepada RM 80

FARID : Masih mahal lagilah,doktor. Saya mahu yang mencabut sebatang gigi
yang paling murah sekali... .

DOKTOR: Kalau macam tu, saya akan suruh pelajar saya yang tak tau apa-apa
untuk mencabutnya dengan playar... amat murah.. RM 10 jer..

FARID : Cantiiik, masukkan nama bos saya untuk rawatan esok...
_______________________________________________________________________

3. Fotosintesis

CIKGU: Along, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

ALONG: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Din pulak. Apakah tugas daun pisang?

DIN : Untuk membuat "tapai" cikgu..

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!

-----------------------------

Naz : Hahahaha... lawak la tu...

Tuesday, May 5, 2009

Cara Mengetahui Masa Subur Isteri


Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

1. Masa haid

2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.

3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan memberhentikan kedatangan haid.

4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.

Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum “masa subur” dan 2 X 24 jam sesudah “masa subur”. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas “masa subur”, masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.

Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.

Selamat mencuba…

Naz : Yang belum berkahwin jangan memandai2 nak mencuba...

Monday, May 4, 2009

Khayalkan Impian Untuk Sentiasa Bersemangat


Untuk Anda nak bersemangat selalu mengejar impian Anda, selalulah berkhayal mengenainya. Saya gunakan perkataan berkhayal sebagai pengganti kepada bayangan imaginasi. Namun, kedua-duanya sama saja.

Khayalkan seolah-oleh Anda dah berjaya mencapai impian Anda itu dan Anda sedang berada di dalamnya. Hadirkan sekali emosi-emosi berkaitan seperti gembira, teruja, ketawa, girang dan excited yang amat sangat. Bukan yang ala kadar, tetapi yang amat sangat! Buat selalu supaya minda Anda semakin peka dengan situasi yang Anda khayalkan.

Pada peringkat permulaan, susah untuk Anda hadirkan perasaan-perasaan dan emosi yang perlu ketika Anda sedang berkhayal tentang impian Anda. Anda hanya akan boleh berkhayal tentang gambaran masa depan, di mana anda berjaya merealisasikan impian Anda tapi agak sukar untuk Anda hadirkan emosi.

Tapi, bila dah buat selalu, ia akan berubah, cepat untuk Anda memasukkan emosi berkaitan seperti yang saya katakan tadi. Kenapa pula kita mesti masukkan emosi gembira? Kenapa tak ada emosi sedih? Jawapannya, emosi sedih tak perlu.

Bila Anda dah berjaya mencapai impian, mengapa perlu sedih?. Sedangkan, itulah yang diidam-idamkan sekian lama. Ada ke orang yang sedih bila dah berjaya? Terharu, mungkin, hingga membuat dia mengalirkan air mata. Tapi, sedih tak mungkin terjadi.

Tidak ada sebab untuk bersedih. Gembirakanlah hati, sebab apa yang Anda mahu, sekarang dah ada di depan mata!

Patutkah Anda bersedih bila dah camtu? Rugilah. Anda merugikan diri sendiri. Jadi, jangan hadirkan emosi sedih.

Mulai sekarang, saya percaya Anda ada impian sendiri yang Anda nak capai. Mungkin, nak memiliki kereta besar, rumah besar atau pendapatan besar. Mungkin, Anda nak jumpa orang-orang tertentu yang selama ni menjadi idola Anda!

Supaya mudah untuk Anda jadi bersemangat sepanjang masa, khayalkan impian Anda dalam 30 saat seolah-olah ia menjadi benar. Lama kelamaan, Anda boleh berkhayal sehingga 5 minit lamanya!

Tak perlu tutup mata, cuma kena pastikan suasana persekitaran tempat Anda berada adalah tenang supaya mudah untuk Anda berkhayal seketika. Jadikan seperti Anda sedang melihat wayang gambar. Anda nampak diri Anda berjaya mencapai apa yang menjadi impian Anda ketika itu.

Bila Anda dah rajin amalkan teknik ni, kesannya membuat Anda sentiasa FOKUS mengejar impian Anda. Anda akan terdorong jadi rajin, semakin kuat berusaha sebab tak sabar-sabar menjadikan impian Anda satu realiti.

Semakin rajin Anda berusaha, semakin rajin Anda khayalkan kejayaan mencapai impian Anda, semakin dekat Anda dengan impian Anda itu!

Naz : Aku khayalkan aku sedang berkhayal... ;)

Sunday, May 3, 2009

Dialog Dua Hantu


Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun
berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang
perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang
kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B
sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak,
sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang
ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat
nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta
aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat
carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri
aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik
jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku
penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack.
And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan
kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B
berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita
berdua still hidup lagi.

------------------------

Naz : Jangan cureng yer...

Saturday, May 2, 2009

Tips Kuatkan Daya Ingatan


Tips Kuatkan Daya Ingatan

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup

- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.

Bersenam

- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Naz : Kadang kala lupa pada peristiwa2 yang x best adalah lagi bagus.. :)

Friday, May 1, 2009

HP Full Bar Coverage - must try...!!!

Full Bar Coverage

Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan . Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!

Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda..

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda..

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??



Naz : Jangan serang aku, serang Man.. dia yg foward email ni kat aku... hahaha...