Followers

Sunday, May 17, 2009

Zina Akan Berterusan Walaupun Dah Di Ijabkabul (Part 2)


Sambungan dari entry ini...
Sedikit masa dulu pernah keluar email ni.. saya forwardkan kembali email beserta komen dari Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa - Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia.

Ini adalah jawapan balas yang diberikan ole ustaz fauzi Mustafa.

Harap dapt dimanfaatkan dan disebarkan

wassalam

SYAHRIZAL BIN MUHAMAD SHUKUR
UNIT PENGURUSAN DATA
BAHAGIAN PEMASARAN
TINGKAT 20,BLOK ANNEX
DATARAN KEWANGAN DARUL TAKAFUL

From: Noor Faiza Fazlil - Takaful Malaysia
Sent: Monday, January 08, 2007 4:43 PM
To: Mohd Fauzi Mustaffa - Pengurus Jabatan Syariah, Takaful Malaysia
Subject: FW: Ramai Yg Tak Tahu...

USTAZ, MOHON PANDANGAN USTAZ UTK E-MAIL DI BAWAH.
ADAKAH IANYA BENAR DAN PERLU DIIKUTI UTK MENGELAKKAN DOSA?

Komen Balas: Mari kita lihat satu persatu.

Ini kesilapan yg sering berlaku dalam masyarakat kita sekarang...sebarkanla untuk tambah pengetahuan..

Komen Balas: Pengetahuan yang elok disebar ialah yang benar berasaskan sumbernya yang betul sahaja.

Untuk makluman semua. Actually all is clear in Surah-An-Nisaa' , Al-Maidah.

Komen Balas: Tidak pula di kod kan ayat berapa.

Soalan 1 - 5 sangat serius. Biasa dikalangan masyarakat kita bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat kahwinkan.

Dari kenyaaan dibwh, nikahnya tak sah dan dianggap zina ...........

Komen Balas: Pendapat ini adalah salah. Nikahnya sah dan tidak dianggap sebagai zina.

Soalan 1 : Apa langkah yang patut di ambil apabila seorang perempuan mengandung anak luar nikah?

Jawapan 1 : Dia tak boleh mengahwini sesiapa sehingga dia melahirkan.

Komen Balas: Wanita hamil luar nikah boleh mengahwini sesiapa sahaja semasa hamil. Berbeza jika perempuan mengandung setelah diceraikan suaminya maka eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak tersebut.

Soalan 2 : Jika bapa anak tersebut ingin mengahwininya, boleh kah dia berbuat demikian?

Jawapan 2 : Tidak, dia tidak boleh mengahwininya sehingga anak itu dilahirkan.

Komen Balas: Dia boleh mengahwininya walaupun semasa mengandung tanpa perlu menunggu anak itu dilahirkan.

soalan 3 : Adakah perkahwinannya sah jika mereka berkahwin?

Jawapan 3 : Tidak, perkahwinannya tidak sah. Seorang muslim tidak boleh berkahwin dengan wanita mengandung walaupun dia adalah bapanya. *perkahwinan tidak sah kerana belum habis eddah*

Komen Balas: Sah. Wanita hamil luar nikah tiada eddah. Kerana eddah adalah khusus untuk wanita yang diceraikan suaminya sahaja. Sedangkan wanita hamil luar nikah tidak ada suami. Oleh itu dia tiada eddah dan nikahnya sah,

soalan 4 : Jika mereka berkhawin, apa yg perlu mrk buat utk membetulkannya.

Jawapan 4 : Mereka perlu berpisah. Sahkan dia tdk mengandung, lepastu blh berkahwin, baru mengikut syariat Islam.
*benar, perkahwinan tersebut (ketika wanita tersebut hamil) tidak sah dan perlu menikahi semula mengikut hukum.*

Komen Balas: Mereka tidak perlu berpisah. Nikah mereka sah.

soalan 5 : Bagaimana jika mrk tdk membetulkannya?

Jawapan 5 : Mereka hidup berzina krn perkahwinan tdk sah. *benar, perkahwinan yg tidak sah adalah haram dan hukum ketika "bersama" suami isteri adalah seperti berzina.*

Komen Balas: Mereka tidak berzina malah mereka adalah pasangan suami isteri yang diiktiraf oleh hokum Syarak.

Soalan 6 : Apa hak anak luar nikah?

Answer 6 : anak luar nikah tidak mendapat hak yg sama seperti anak yang halal. Malah biological father kepada anak tersebut tidak boleh mewalikan anaknya walaupun telah menikahi ibu kepada anak tersebut.

Komen Balas:

(1) Jika anak luar nikah itu lahir setelah 6 bulan ibunya dinikahi oleh biological father maka dia mendapat hak seperti anak kandung.
Contohnya: Ketika janin itu berusia 2 bulan dalam kandungan, ibunya dinikahi oleh biological father maka 7 bulan 10 hari selepas itu lahirlah anak tadi maka dia boleh di 'bin' atau 'binti' kepada biological father tadi. Ini kerana jarak masa antara berlaku perkahwinan dan kelahiran itu 6 bulan ke atas.

(2) Jika anak luar nikah itu lahir sebelum 6 bulan ibunya dinikahi oleh biological father maka dia tidak mendapat hak seperti anak kandung.
Contohnya: Ketika janin sudah berusia 5 bulan dalam kandungan, ibunya dinikahi oleh biological father maka 2 bulan 10 hari selepas itu lahirlah anak tadi maka dia tidak boleh di 'bin' atau 'binti' kepada biological father tadi. Ini kerana jarak masa antara perkahwinan dan kelahiran itu tidak sampai 6 bulan itu hanya 2 bulan 10 hari sahaja.

Soalan 7 : Bermakna bapanya bkn dianggap bapa yg sebenar dlm Islam. Bagaimana mahram dgn anak tersebur?

Answer 7 : Benar, mereka bkn mahram.

Komen Balas:

Kalau dalam kes (1) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi diiktiraf sebagai bapa kandung KECUALI jika dia menafikan bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan bapa tadi adalah mahram.

Kalau dalam kes (2) Komen Balas bagi soalan 6 di atas, maka biological father tadi tidak diiktiraf sebagai bapa kandung SEKALIPUN dia mendakwa bahawa itu adalah anaknya. Oleh itu anak dan bapa tadi bukan mahram.

Question 8 : A Muslim man and a Muslim (or Non- Muslim) woman decides to get married after having lived together, how should they go about it?

Answer 8 : They must separate immediately and the woman must wait for one menstrual cycle (to prove she is not pregnant), before they can enter into a Marriage contract. *benar*

Komen Balas: Mereka tidak perlu berpisah untuk mengesahkan ketidak hamilan malah mereka boleh terus kahwin.

Adalah kewajiban kita sebagai muslim untuk memaklumkan kpd mrk yg terlibat, jika tdk hasil hbgn begini melahirkan lbh byk lg keturunan zina.
Na' uzubillah...

Komen Balas: Kita juga wajib memaklumkan kepada mereka yang ingin menjawab soalan2 sebegini supaya merujuk dahulu kepada sumbernya yang betul supaya umat islam tidak disesatkan oleh jawapan sebegini.

Naz : Jauhi apa yg ditegah agama...

32 comments:

Amieynna Amin said...

insyaALLAH akan dielak..
same2 kite saling mengingati..

naz..
ni kire pembetulan dr entry lepas ke??

hysman said...

aku setuju dgn komen balas tersebut..

sebab eddah tak silap aku hanya untuk wanita yg bercerai hidup atau bercerai mati..
takde kaitan dgn ngandung anak zina..

thanx 4 da corrections nih..
bagus utk memperbetulkan santapan minda..

Dj Epoi said...

Oh..lagutuh arrrrr kawan......

Alhamdulilah...dapat ILMU yang baik rini......

Lagu..nashid......satu!!!!!! ( Lu Main Gitar )

joegrimjow said...

bab ni mmg xtau bnyak ni
buat2 xtau pon bnyak

Sulela said...

Lepas aku baca entry sebelum ni, aku rujuk balik kat 'orang yang paling banyak ajar aku'. Dia kata mana ada camni. Jadi aku tak berani komen.

Lepas baca entry ni, samalah seperti yang telah diberitahu pada aku dulu oleh 'orang yang paling banyak ajar aku'. Jadi, sekarang dah clear. Walau apapon, jauhi lah zina. Bestnya kejap tapi bila dah ngandung, semua pihak menanggung.

Redynne™ said...

salam..

mekasih atas info yg b'guna nih..

*lela.. best? kekeke..

Along Fina said...

so, ape hukumnya kes macam jamal abdillah dgn exwife dy erk???

Along Fina said...

naz,
lama ko mengilang...
cpat la kembali..
rindu nak goreng kerepek dgn ko n man... huhuu

green said...

hooo..boleh konpius ak..
lama dah x blja munakahat...

Naz said...

Amina..
ya, ini adalah pembetulah dr n3 yg lepas.

Naz said...

Man..
ko lg arif bab ni. so, ko compom tau tanpa aku hapdet n3 pembetulan ni...

Naz said...

Epoi..
lagu nasyid versi unplugged? boleh bro. aku terpikir gak dulu. rasa mcm nak unplugged lagu 'iman mutiara'. tngk lah nnti..

Naz said...

Joe..
betul3x.. aku sokong... hehehe..

Naz said...

Lela..
masa memula aku dpt email n3 yg lepas tu, aku terfikir jugak. mcm mana lah pasangan2 yg terlanjur tu nikah masa pregnant? mesti bnyk kes2 mcm tu. terdetik kesian pun ada, dah nikah tp x sah.
bila dpt email pembetulan ni, baru clear sudah segalanya... fuhh, nasib baik aku prasan email ni. kalo x, aku dah smpaikan ilmu yg salah...

Naz said...

Redynne..
sama2..

apa yg best yerk??

Naz said...

Fina..
Jamal apa kes. aku x ikut sngt pesal rumah tangga artis ni.. story la sket?

aku sibuk sehari dua ni. skrg dah kurang sibuk, so bolehlah goreng kropok mcm slalu... hahaha...

Naz said...

green..
kesimpulannya...
pasangan yg terlanjur boleh menikah dengan pasangannya dlm waktu mengandung...

>jauhi perkara yg ditegah agama... :)

hysman said...

mane aku arif sangat..
cuma aku ikot logik akal dgn ape yg ustazah aku ajo..itu je..

rentetan dr soalan Fina,
tak silap aku klua kat paper yg jamal setubuhi isterinya setelah 2hari melafazkan cerai talak 3 terhadap isterinya..
klu tak silap aku ler,iye ke Fina??

Naz said...

Man, pesal ko ada blajar subjek munakahad dulu.

ooo.. ish, mana boleh mcm tu. kalo dah talak 3, ia dipangil berkesedudukan. betoi ka kes tu Man?

hysman said...

mmg la Naz,tapi ingat2 lupo..
den nih baca slalu utk exam je..
hehe...selebihnya byk guna logik aqli..

aku rasa betoll..tapi tang talak aku tak sure 1@2@3..aku penah terbaca kat paper..setelah melafazkan cerai,aku tak tahu yg depa bersekedudukan lg ke tak tp jamala abdillah mmg tak terlintas ada niat utk rujuk smula..jd camne benda mcm tu boleh berlaku??hmm..tepok dada tnya IMAN..
:(

Naz said...

harap2 yg didengar tu cuma khabar angin saja... :)

hysman said...

ini bukan khabar angin..ini kenyataan..hahaa..skrg nih kes tgh dibicarakan bukan pasal penceraian tapi pasal hubungan yg dikata 'zina' tersebut..
hmm..ntah la bro..
doa2 je la yg terbaek utk saudara kita..

Along Fina said...

man, bukan talak 3 laaa..
tapi aku tak ingt talak 1@2...
yg pasti bukan 3...

naz,
ni bkn kabar angin la..
kalo kabar angin, takdela aku angin satu badan dgr brite tersebut...

bengong punyer manusia...
ade ke da diceraikan, tapi bersetubuh..mengong..

llki tu cakap, dorang bersetubuh demi anak2..
bukan berniat untuk rujuk semula...
tapi, apekehey bersetubuh demi anak2??nak salir dosa ke anak2 ke???

hmm,...
manusia ni bermacam-macam perangai..

dunia da nak kiamat kot..

Along Fina said...

sape yg rase pedas tu,
pandai2 la muhasabah diri ye...

p/s:'pedas' gak mulut aku ni ek??

Naz said...

nampak sngt aku x follow.. hehehe...
ya, sama2 kita doakan :)

Naz said...

Fina..
oo.. mcm tu. x kan lah jamal x tau benda tu haram. kalo utk anak2 pun, bukan mcm tu caranya. bnyk cara lain utk depa boleh buat utk kebaikan anak2...

bukan, saper yg rasa pedas tu pandai2 la minum air... ;p

Along Fina said...

hahhhahaha!!
minum air panas mengelegak sampai mampos teruss pon taper...

Naz said...

Fina..
tu bunuh diri namanya... lg dosa besar...

hysman said...

ok,wrong information not talak 3..
so klu ikot hukum dgn talak 1@2 boleh rujuk tp jamal kate takde niat nak rujuk..depa lakukan persetubuhan (baek skit ayat dr zina) utk anak2??ape punya alasan tuu??
adoiii..ntah ler..
aku byk konfius tang dunia glamer skrg nih..

Along Fina said...

man, mentang2 ko pon glamer..
hahah

hysman said...

Fina,
corrections...
aku tak glamer ye..
aku ni muka tunduk bumi je..
tak suka dunia glamer nih..
penoh dosa..naseb baek ku tak terkancah...

Along Fina said...

wah!!!!!!!!!