Followers

Wednesday, April 29, 2009

Petua Menentukan Ketulenan Madu



Petua bagaimana untuk menentukan ketulenan madu:

1) Permukaan madu mempunyai buih-buih halus, Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya,

2) Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli,

3) Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais, Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.

-------------------------
Naz : Perkataan 'madu' amat sensitif bagi sesetengah orang.. :)

Tuesday, April 28, 2009

Kisah Boss dan pintu garaj


Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an
dan bekerja sebagai CEO disebuah syarikat yang besar
di KL...

Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil la
dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa
seketerinya pun masukla...

Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client...
Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya...

biasa la Boss...malas nak tulis... cakap punya cakap..
Boss ni pun bangun... dan berjalan-jalan pusing-pusing
meja sambil tangan masuk dalam poket seluar...
10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis...
si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan... masa saya nak
datang ke Ofis... saya nampak pintu garage
boss terbuka...



Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa,
nanti saya call rumah... terima kasih...

Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si
Boss pun call rumah dia tanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita...
pintu dia terbuka la...

Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana
ada terbuka...

Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.

Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu la bang...

Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam
mana orang boleh nampak?????

Bini : Okay la... okay la...

Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah
relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia
terbuka...
(dah memang perangai dia tak suka pakai
underware...) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss

ni memikirkan mana macam nak cover malu kat seketeri
dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... tadi pagi masa you nampak garage I
terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?

Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada sebuah Perodua
Kancil dengan dua tayar depannya pancit!!!!!...

----------------------------

Naz : Jangan biarkan pintu garaj anda terbuka ketika berada di luar..

Monday, April 27, 2009

Lawak bintang


Kisah 1

Satu petang kambing sound direct ayam..
"apalah ko ni ayam,baju lawa tapi tak pakai selipar.."
ayam yang bengang lalu jawab.. "ko lagi la....janggut panjang alim
konon.....seluar tarak pakai...tak malu...! tak senonoh..!

Kisah 2

Satu hari sedang sepasang lalat tgh dinner kat satu tempat yg romantik..
tibe² si isteri lalat bersuara "bang ,nape kite hari² makan tahi?
lalu si suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende² kotor mase makan........tak baik"

Naz : Binatang pun tau malu...

Sunday, April 26, 2009

Syaitan & Hidung


Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.” (riwayat Muslim)

Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya,kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya, Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa. Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah. Setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Naz : Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku

Saturday, April 25, 2009

8 Tips Masakan


1. KESEGARAN SAYUR
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur. InsyaAllah

2. MEMBERSIH KERANG
Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih. InsyaAllah

3. CUCUR KODOK
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. InsyaAllah

4. PERIA
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. InsyaAllah

5. MENGGORENG IKAN
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi. InsyaAllah

6. MENGGORENG TAHU
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi. InsyaAllah

7. AYAM TIDAK HANYIR LAGI
Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat. InsyaAllah

8. NASI HANGIT
Kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang, membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie..

Pertama:basuh cili kering dalam dua tiga tangkai jangan dipotong.. masukkan terus ke dalam nasi tersebut ,biarkan seketika,InsyaAllah nasi tak berbau..

(P/S: Jangan takut..tak rasa pedas nyer nasi tu..sebab tak dipotong)

Kedua:kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu..

Ketiga:kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi, biarkan sejenak.InsyaAllah

Naz : Sesekali layan masakan...

Friday, April 24, 2009

Jatuh Cinta Jika Renung 8.2 saat


LONDON - Menurut sekumpulan saintis, perasaan cinta akan datang jika seseorang lelaki memandang wanita yang diminatinya selama 8.2 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Sekumpulan penyelidik menyatakan jika seorang lelaki merenung wanita hanya selama empat saat, ia menunjukkan lelaki itu tidak menyukai orang yang direnunginya itu.

Kajian itu dilakukan terhadap 115 pelajar di mana beberapa kamera tersembunyi mengesan pergerakan mereka sewaktu berbual dengan pelakon dan aktres.

Mereka kemudian diminta memberikan penilaian terhadap daya tarikan pasangan masing-masing.

Namun, pelajar wanita lebih berasa bimbang untuk menarik perhatian yang tidak dikehendaki kerana risiko enggan hamil dan menjadi ibu tunggal.

Kajian itu disiarkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior.

Naz : Menjeling2 ku bertentang.. mata kita sama memandang.. ku cuba ku cuba nak bertanya.. siapakah dia namanya... ewah..

Thursday, April 23, 2009

Khasiat Misai Kucing


Nama saintifik: Orthosiphon stamineus, Benth
Famili: Lamiaceae

Pokok: Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketiunggian 1.5 m.

Daun: Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan.

Batang:Batang empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Bunga:Bunga terdapat pada “verticils” lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN: Daun

Kematangan tanaman: 3 - 4 bulan setelah diubah ke ladang

1. Radang pundi kencing : Air rebusan daun diminum

2. Kencing manis: Air rebusan daun diminum

Naz : Teringat lawak Saipul Apek pasal wad 'kecemesey'. Hahaha...

Wednesday, April 22, 2009

The Most Beautiful

The most beautiful house in the world
Situated in Barcelona , Spain
Owned by the famous footballer, Ronaldhino


The most beautiful city in the world
Vancouver, Canada


The most beautiful girl in the world
Held in France and her name is Fatima from Morrocco


The most beautiful eyes in the world
from Afghanistan


The most beautiful waterfall in the world
Niagra Falls in U.S. & Canada


The most beautiful bridge in the world
JAPAN


The most beautiful horse in the world
Arabian


The most beautiful plant in the world
It is shaped like a water bubble..


Naz : Aku suka design rumah Ronaldhino..

Monday, April 20, 2009

Misteri Matematik


Ah Chin
Ah Chin miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45.
die bayar then die dapat baki rm5.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm3.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm3 skarang.
rm48+rm3= rm51
kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?

Abu
Abu miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm44.
die bayar then die dapat baki rm6.
die bagi kawan A rm2 dan die bagi kawan B rm2.
die tinggal rm2.
die hutang kawan A rm23 dan die hutang kawan B rm23.
so die hutang rm46.
die ade rm2 skarang.
rm46+rm2= rm48
mana lagi rm2?

Rama
Rama miskin. Die takde duit.
Die nak beli baju yang berharga rm50.
Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25
so die pegi la nak beli baju tu.
masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm47.
die bayar then die dapat baki rm3.
die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1.
die tinggal rm1.
die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24.
so die hutang rm48.
die ade rm1 skarang.
rm48+rm1= rm49

kenapa jumlah duit dia jadi rm49? Ke mana hilang rm1?

Naz : Hehehe kenapa kita tak penah terpikir selama ni??!!

Sunday, April 19, 2009

Perajurit dan Awek


Suatu hari seorang perajurit bersama komandannya naik kereta api menuju markas mereka di luar kota. Kerana tidak ada tempat duduk lain yang kosong, maka mereka pun duduk berhadapan seorang wanita muda cantik dengan neneknya.

Setelah beberapa lama, wanita muda dan perajurit itu saling menyukai satu sama lain.
Mereka pun sering jeling menjeling dan berkenyit mata untuk menunjukkan perasaan mereka. Tak berapa lama setelah itu, kereta api pun memasuki sebuah terowong. Keadaan menjadi gelap. Tiba-tiba terdengar suara ciuman yang diikuti oleh bunyi tamparan. Setelah kereta api tersebut keluar dari terowong, keempat orang tadi duduk dengan tenangnya tanpa berbicara sedikit pun. Mereka sibuk dengan fikiran masing-masing.

Si nenek berfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, "Sangat memalukan perajurit muda itu mencium cucuku, tetapi nasib baik cucu aku menamparnya."

Si komandan pula tenggelam dalam lamunannya. "Tak sangka anak buahku ini berani mencium gadis cantik itu, tetapi terbukti gadis cantik itu tak suka padanya. Buktinya dia menampar anak buahku. Tapi sayang, aku yang kena."

Gadis cantik itu pula berkata dalam hatinya, "Gembiranya aku kerana akhirnya perajurit tampan itu berani menciumku, malangnya nenek pulak menamparnya."

Si perajurit muda nampak tersenyum puas dengan muka penuh kegembiraan. Dia berkata
kepada dirinya sendiri, "Hidup ini indah, aku bukan saja dapat mencium seorang gadis cantik, tetapi sekaligus menampar komandan sendiri."

Naz : Aku juga ingin menjadi spt si perajurit itew...

Saturday, April 18, 2009

Tips Mengenal Tangisan Bayi Anda


Naz : Khas untuk ibu bapa dan penjaga bayi...

----------------------------------------

Tips Mengenal Tangisan Bayi Anda

Setiap kali seorang bayi menangis, pasti si ibu akan menyorongkan payudaranya atau mendukungnya. Tapi, ketika dua hal itu sudah dilakukan, dan si comel masih saja menangis, barulah si ibu bingung. Alangkah baiknya jika si ibu mengerti tangisan si comel itu, tak perlu bingung, kan ?

Tapi, bagaimana caranya untuk mengetahui erti tangisan bayi?

Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku “Your Child’s Body Language”, Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahwa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya”

Tangisan “Aku ingin menyusu”: bayi Anda akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?

Tangisan “Lampinku basah”: bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan ‘pengumumam lampinku basah” biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Anda juga boleh memperhatikan bahwa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan “badanku sakit” : semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa sepengetahuan Anda. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.

Tangisan “aku bosan”: Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian Anda. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung : bayi Anda akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin Anda melihat bahwa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian : bayi Anda senang bergaul. Ia ingin Anda selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika Anda perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan anda bersamanya di sisi Anda.

Friday, April 17, 2009

Adab Minum


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.Mmalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk”
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam
tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah ” Bismillah”
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Naz : Minum sebelum dahaga, berhenti sebelum mengah... :)

Thursday, April 16, 2009

Pantun Nasihat


Hehehe… skali -skala? kita berpantun..

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun “make up”.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Naz :
Anak keli ikan sepat,
Dibuat gulai di dapur Cik Sirat,
Jangan dipandang perkara yang maksiat
Semoga selamat di dunia dan akhirat

Wednesday, April 15, 2009

Bila Impian Diperlekehkan...


Naz : Ni email yang ada dalam kotak email aku masa aku baru online sebentar tadi. Hari ni aku sibuk dan x dan nak balas semua komen2 sahabat2 semua. Bila dah free aku balas ye.. Oh lupa nak cakap. Pengirim email ni adalah seorang internet marketer yang berjaya. Dia berjaya mendapat income bulanan sebanyak RM10K dari perniagaan internet, walaupun dia baru habis SPM. So, aku rasa tak salah aku berkongsi email ni dengan korang semua. Mana tau dapat buka hati korang untuk start perniagaan internet sendiri. Aku subscribe blog dia, pasal tu aku dapat email ni.

------------------------------------------
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Labanon di sini. Apa khabar Naz? Semoga anda sentiasa sihat di
samping orang yang tersayang.

Maaf emel hari ini lebih kepada perkongsian peribadi saya...

Saya memulakan perniagaan Internet saya pada 3 tahun yang lepas dan
ketika itu saya di tingkatan 4. Di sekolah saya merupakan seorang
budak berbadan kecil yang pendiam dan sering kali dilihat oleh
orang lain sebagai seorang yang tidak mempunyai matlamat.

Namun, saya sedikit tidak ambil hati apa yang mereka katakan dan
saya sekali lagi diketawakan oleh mereka apabila saya mula
meluahkan hasrat saya untuk menjana pendapatan di Internet. Mereka
memandang impian saya adalah mustahil dan tidak munasabah.

Tetapi saya tidak mempedulikan kata-kata mereka kerana saya percaya
dan yakin sepenuh hati dengan impian saya. Walaupun badan saya
kecil, matlamat saya besar! Saya mesti berjaya dan buktikan bahawa
mereka silap!

Alhamdulillah dengan rezeki Tuhan, saya kini mampu memiliki office
dan staff pada usia 18 tahun. Mungkin anda boleh membacanya di
sini: http://tinyurl.com/c9yorc (Naz: site ni lambat sikit nak bukak pasal ramai visitors)

Semoga anda semua bertambah sedikit motivasi setelah membaca post
di atas. Adakah impian anda juga ingin memulakan perniagaan Internet?

Naz, cekalkan hati dan percayalah bahawa anda boleh mencapai
kejayaan yang anda impikan. Jangan peduli kata-kata mereka yang
cuba mematahkan semangat anda dan jangan toleh kebelakang lagi.

Saya sendiri telah buktikan kepada mereka semua bahawa mereka silap
mentertawakan saya dan kini tiba pula giliran anda. Ayuh, mulakan
langkah pertama anda sekarang.

Naz bertuah kerana pihak Majalah IM akan menganjurkan seminar
Asas Perniagaan Internet di Pantai Timur untuk membantu anda
belajar asas perniagaan Internet yang sebenar. Saya dan Zhafran
juga akan turut serta di sana. :)

Untuk maklumat lanjut boleh layari: http://majalahim.com/seminar

Naz, saya harap perkongsian peribadi saya dengan anda pada hari
ini dapat menaikkan motivasi anda. Semoga kita akan sama-sama
berjaya... amin.

Sekian,
Labanon FlareBiz,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com

p/s: Kepada orang pantai timur, bolelah sertai seminar tersebut
nanti!

Pp/s: Saya berharap anda dapat melihat emel kali ini daripada
sudut positif kerana tiada sedikit pun niat saya untuk
menunjuk-nunjuk kepada anda.


FlareBiz Network (KT0236135-d)
Diamond Square Business Center,
Off Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://www.aweber.com/z/r/?rMwcHAwMtCzM7GysbEyctEa0LGwsjIzMTA==
-----------------------------------------

Naz : Majulah Internet Untuk Negara !!!

Khasiat Strawberry



Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.
Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.

Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.

Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.

Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.
Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Petua penyimpanan

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.
Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.

Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.

Naz : Teringat time petik buah strawberry kat Cameron Highland...

Tuesday, April 14, 2009

15 Penyebab Turunnya Bala


Mengapa Manusia Ditimpa Bala Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Naz : Renung-renung... fikir-fikir... Adakah semua tu dah berlaku?..

Monday, April 13, 2009

How They Make Hand Bag

For girls out there, who likes so much of Prada or Gucci or even Louis, dunno what other famous names. This is the source on how they make leather handbag.













You feel you still wanna use this kinda of handbag? :)

Sunday, April 12, 2009

Awasi Jerat Penyangak Cyber


Minda: Mematahkan jerat penyangak siber
Oleh Melati Mohd Ariff

“SAYA menghantar mesej ini dalam keadaan tergesa-gesa. Semalam, saya melawat sebuah kompleks penyelidikan baru di Imperial College England, London. Kami dirompak di hotel ketika saya membuat tempahan dan mereka melarikan dompet saya (yang mengandungi wang tunai dan kad kredit).

“Tolonglah. Saya perlukan bantuan wang, harap boleh kirimkan 1,500 paun. Anda boleh hantar melalui Western Union Money Transfer, harap balas mesej saya supaya saya dapat memberikan nama penuh saya dan alamat supaya wang itu boleh dihantar.”
E-mel yang bunyinya “agak terdesak” itu kononnya dihantar seorang aktivis kepenggunaan Malaysia.

Ia bukan pertama kali diterima penulis.

Sekitar tahun lalu, penulis menerima e-mel hampir sama kandungannya, kononnya daripada seorang aktivis alam sekitar yang memberitahu dia berada di sebuah negara Afrika dan dirompak. Dia memerlukan wang dan perlu dihantar segera.

Dalam kedua-dua kes, penulis mendapat pengesahan bahawa mereka tidak menghantar e-mel berkenaan, malah berada dalam negara.

Jelas kedua-dua e-mel itu palsu dan mahu menipu!

“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang kawan memberitahu saya yang dia menerima e-mel menyatakan saya dirompak dan terkandas di London. Sudah tentunya e-mel itu cuba menipu dengan tujuan mendapatkan wang ihsan daripada mereka yang mempercayai kandungan e-mel itu.

“Tetapi yang menghairankan bagaimana orang jahat itu boleh membolosi e-mel saya. Bagaimana mereka memperoleh kata laluan saya?” kata aktivis kepenggunaan, Ismail Abdul Aziz.

Beliau turut memberitahu e-mel palsu itu mencetuskan rasa cemas bukan saja di kalangan keluarganya, tetapi rakan yang menjadi sasaran penghantaran e-mel itu.
Ismail yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna dan Sosial Daerah Petaling (CAPs) berkata antara faktor memungkinkan e-melnya dibolosi ialah apabila beliau terlupa rakam keluar (sign-off).

Mungkin apabila saya terlupa rakam keluar selepas mengirim e-mel, seseorang yang mempunyai cara untuk memasuki e-mel saya berjaya berbuat demikian dan kemungkinan juga si penyangak ini dari luar negara.”

Sejak insiden pengiriman e-mel palsu itu, beliau menukar kata laluan e-melnya.
Beliau membuat laporan kepada Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC) yang kemudian mengemukakan aduan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tanpa diragui, Internet semakin penting dalam kehidupan hari ini. Ramai menggunakan Internet bukan sahaja untuk mencari maklumat, tetapi untuk membeli-belah dan membuat transaksi perniagaan termasuk perbankan online.

“Penggunaan Internet yang berleluasa dengan bilangan pengguna semakin ramai memberikan kesempatan kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu pengguna. Oleh itu, wujudlah pelbagai penipuan untuk memerangkap pengguna.”
Demikian komen Mohd Yusof Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

“Banyak sekali penipuan dibawa kepada perhatian kami. Ia termasuk penipuan menang loteri atau cabutan bertuah, membantu memindahkan wang yang dimiliki waris hartawan, meminta bantuan kerana terkandas atau kecurian, e-mel membeli perisian komputer, produk makanan berkualiti rendah dan bermacam-macam lagi,” katanya.
Mohd Yusof menggesa orang ramai khususnya pengguna e-mel supaya berhati-hati apabila menerima e-mel seperti dinyatakan.

Pihak melakukan penipuan itu juga, katanya kini semakin berani dan canggih.
“Usah mudah terpengaruh untuk melayan e-mel tidak diketahui kebenarannya.
“Apatah lagi jika terpedaya dengan e-mel penipuan ini, sukar untuk mendakwa mereka terbabit khususnya jika penipu ini beroperasi di luar negara,” kata Mohd Yusof.
Dalam teknologi komunikasi maklumat, perkataan “phishing” digunakan berhubung fraud dan penipuan siber.

Menurut ensiklopedia Wikipedia, “phishing” didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

Komunikasi berkenaan dikatakan dari laman web sosial popular seperti You Tube dan Facebook, laman lelongan (e-Bay), perbankan online atau pentadbir IT seperti Yahoo yang biasa digunakan untuk memancing mereka yang tidak mengesyaki.
Menurut ensiklopedia itu lagi, “phishing” biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan mengarahkan pengguna memasukkan butiran di laman web palsu.
Sebutan pertama dicatat mengenai istilah “phishing” dilapor pada 1996.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima laporan berhubung “phishing” sejak 2004. Pada 2008, SKMM menerima 86 aduan “phishing”.
Menurut suruhanjaya itu, e-mel mengandungi penipuan seperti mengutip wang daripada orang ramai satu kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara mandatori minimum setahun hingga sepuluh tahun serta mandatori sebat dan mahkamah mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk mengenakan denda.

Menurut SKMM, siasatan kes penipuan berasaskan e-mel adalah dalam bidang kuasa polis dan bukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau SKMM.
Bagaimanapun, kata suruhanjaya itu, ia boleh mengambil tindakan serta-merta dengan menyekat akses ke laman “phishing” mengikut Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sesiapa tidak pasti kesahihan laman perbankan Internet, rujuklah SKMM.
Sebagai tambahan, SKMM dan Internet Service Providers (ISPs) bekerjasama dengan PDRM dalam siasatan berhubung kes e-mel berasaskan penipuan.

“Paling penting pengguna perlu ingat, jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi dan lebih berhati-hati apabila menerima e-mel menyatakan menang loteri atau pertandingan, menerima wang daripada cabutan bertuah atau meminta derma.
“Berhati-hati apabila menerima e-mel daripada orang tidak dikenali. Di samping penipuan, e-mel juga mungkin boleh mengandungi virus atau “malware” (perisian berniat jahat),” kata SKMM.

Pengguna juga boleh memasang penapis anti-phishing yang boleh memberi mereka amaran mengenai laman phishing.

Sesiapa menerima e-mel meragukan, rujuk perkara itu kepada polis atau sebagai pilihan mengemukakan aduan atau merujukkan laman web diragui kepada Biro Aduan SKMM secara online di http://aduan.skmm.gov.my atau telefon 1-800-888-030.

Aduan juga boleh dihantar menerusi faks ke nombor 03-8688 1880 atau menulis kepada Biro Aduan Pengguna, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.

SKMM menasihatkan pengguna Internet tidak melakukan perkara berikut:

# Pastikan tiada sesiapa memiliki akses komputer anda atau kegiatan online.

# Selalu rakam keluar e-mel atau transaksi online dengan segera sebelum melayari laman web lain.

# Jangan menghantar maklumat peribadi atau perbankan seperti nombor akaun, baki bank dan PIN (nombor pengenalan peribadi) menerusi e-mel.
- Bernama

Naz : Penyangak berada di mana-mana sahaja. Jadi berhati-hatilah selalu...

Saturday, April 11, 2009

Siapa yang paling malas di kampung ini?


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya,

"Patik adalah yang paling malas."

Raja pun bertanya, "Apa tahap malas tuan hamba?"

Lalu jawab lelaki tersebut, "Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, "Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku."

Tuanku pun bertanya kepadanya, "Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?" Maka jawabnya, "Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan."

Maka raja pun terdiam seketika...

Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, "Patik adalah yang paling malas tuanku."

Raja pun bertanya, "Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?"

Budak itu pun menjawab, "Nak cite pun malas."...

Naz : Malas tu kalo diterbalikkan perkataannya jadi Salam. Tak der kena mengena dengan entry... hehehe...

Friday, April 10, 2009

Wanita ibarat bunga


Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya
sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia
akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah
cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati
kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi
busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang
menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata
kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi
nilainya….

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah
telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan
mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip
oleh wanita solehah. Kerana itulah… Sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai
isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati
suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih
sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang
tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya… Islam tidak membezakan
kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki
melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah… Firman Allah dalam
surah an-Nisa’, ayat 24 yang bermaksud… “Barangsiapa yang mengerjakan
amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang
beriman maka mere
ka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : “Harta yang paling
berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” hari Muslim

Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan
wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki
dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah
telah berfirman, “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”
An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang
bermaksud : “Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas
adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik
dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.” hari
At-Tirmidzi

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud….
“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba
untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya
ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita
kamu.”Al-Bukhary dan Muslim.
Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh
dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh
itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka
sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu
kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan
untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat
bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai
wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri
untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada
kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita menurut perspektif Islam adalah :

Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara
tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya.” lah Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan
diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. “Allah
menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan
menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.”An Nahl :72

Email ini dikirimkan oleh HysMan.
Naz : Sayangilah wanita...

Thursday, April 9, 2009

Derma Darah Sebaik-Baik Sedekah


Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : ” Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)

Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.

Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.

Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : ” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : ” Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah ; Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Luqlu Wal Marjan - Hadis 1447 )

Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap agama Islam tidak memandang penting mengenainya.

Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.

Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya; “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Naz : Dermalah darah... Hari ini orang lain memerlukannya... esok lusa siapa tahu kita pula yang memerlukannya...

Tuesday, April 7, 2009

Sosej dan lembu


Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Naz : Anda blurr? Kalo paham sila angkat keyboard... :)

Monday, April 6, 2009

♥...20 Sebab Lelaki Tak Kawin-Kawin...♥


1. ♥"Duit lum cukup lagi..."
Luahan Hati → Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. ♥"Nak beli kereta dulu baru nak kahwin..."
Luahan Hati → Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. ♥"Susah la nak cari yang berkenan dihati..."
Luahan Hati → Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ada duit abangku sayang, takde pitis sayang pun melayang!

4. ♥"Tak datang seru lagi kot..."
Luahan Hati → Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5. ♥"Banyak sangat halangan..."
Luahan Hati → Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6. ♥"Belum bersedia la.."
Luahan Hati → Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. ♥"Ilmu tak cukup la.."
Luahan Hati → Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah...yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga..? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8. ♥"Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri.."
Luahan Hati → Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9. ♥"Dah mencubalah tapi telah dikecewakan.."
Luahan Hati → Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10. ♥"Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la.."
Luahan Hati → Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11. ♥"Jodoh tak sampai lagi kot.."
Luahan Hati → Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12. ♥"Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat.."
Luahan Hati → Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. ♥"Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka.."
Luahan Hati → Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14. ♥"Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la.."
Luahan Hati → Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15. ♥"Dia nie suka pasang ramai org sangat.."
Luahan Hati → Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

16. ♥"Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak.."
Luahan Hati → Pompuan memang camtu..

17. ♥"Nak carik yang solehah lah.."
Luahan Hati → Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. ♥"Masalah la.."
Luahan Hati → Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. ♥"Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau PHD malu la.."
Luahan Hati → Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. ♥"Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya".
Luahan Hati → Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Naz : Kalau dah jodoh tu tak ke mana...

Sunday, April 5, 2009

Kalender puasa 2009



Naz :
Klik untuk besarkan gambar. Untuk save, right click > save as

Untuk download dalam bentuk pdf (lebih terang dan jelas), sila gunakan link di bawah ini :
http://www.ziddu.com/download/4045164/kalenderpuasa2009.pdf.html
atau
http://rapidshare.com/files/214485261/kalender_puasa_2009.gif.html

Saturday, April 4, 2009

Mandi Wajib Yang Betul


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Naz : :)

Friday, April 3, 2009

Mengapa saintis mengakui kewujudan Tuhan


Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden “New York Academy Of Sciences” yang pertama kali terbit didalam Readers Digest Januari, 1948 kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader’s Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran Tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Terdapat 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan ini.

Pertama: Dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali.

Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adala 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1 dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan diatas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula,kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali.

Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud.

Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang mereka bentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada.

Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri. Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilkan oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari.

Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untukmengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhi keperluan kehidupan. Tetapi,siapakah yang telah mengujudkan kehidupan itu sendiri? Tentulah Allah s.w.t yang maha Esa.

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang memasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut.Makhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda.

Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal bahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya.

Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk menghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang. Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra.

Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jikadikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen.

Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang. Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang.

Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka.

Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

wallahualam, wassalam

Naz : Manusia yang tak percayakan tuhan patut dikenakan kejutan elektrik. Arus elektrik amat menyakitkan, tapi adakah ia dapat dilihat??