Followers

Saturday, April 4, 2009

Mandi Wajib Yang Betul


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Naz : :)

18 comments:

Dj Epoi said...

Naz...Tq banyak...banyak diatas Entry yang tak malu nih!!!!

Baguih arrrr Hang....!!!

Gua tau masih ramai yang MALU nak tanya tentang soalan2 yang macam nih!!!!
Hari tuh Gua ponk ingat nak pubblish gak Entry nih...tapi segan arrr....
Tapi lpas dipikir-pikirkan apa yang Lu dah pubblish malam nih ...adalah satu ENTRY yang bagus dan menafaat buat semua....

Gua dah print atas paper size A3...
pastuh stick kat Gua nyer Toilet....rumah....

Besuk Gua nak lekatkan kat kat Toilet Opis....dan pastuh kalau boleh nak gi lekatkan kat Public Toilet palk ok tak arrrrrrr,,,?

a.b geldofg said...

bsetubuh tu apa ye?

hysMan.. said...

waddooiiiiiiiyyyyy...
hahahaaaa..
baguih n3 nih..
thanx bro..

no kemen..hehe..

Dj Epoi said...

Bersetubuh tuh....
sejenis bahan yang kat Basikal!!!

Kalau tak tau.... cuba gi tanya Apek kedai beskal tuh !!!!

ehem!!!! ehem!!!!

Naz said...

Dj Epoi...
Sama2... n3 ni akan jd malu buat budak2 bawah umo. ataupun yg belum akil baligh. pergh... lu dah print dan nak lekatkan kat toilet? hahahaha... idea yg best. kalo depa x semak balik cara yg sebetulnya memangla depa ni nak kena mandi air bunga 7 kawah. hahahaha...

lu lekatkan kat mana2 pun x der masalah. kat public phone atau bus stop pun no hal. benda yg baik, lg afdal di kongsi bersama...

Naz said...

Ab..
Dj Epoi dah jawab... hahahaha...

Naz said...

Man..
no komen? hurmm... tu adalah komen sebenarnya... :p

joegrimjow said...

kalau mandi sama2 plak camne?
hehe

Naz said...

joegrimjow...
ish... x cukup2 lg ker? hehehe..

hysMan.. said...

aku try test jawab...mandi sama2 diharuskan ye tak Naz???
:p

Naz said...

Man..
yang aku baca dlm artikel lain, digalakkan. terer la ko bro. bila nak test try?? hahahah...

hysMan.. said...

digalakkn ye..wooo...
camne ye??sukar utk ku gamborkn..
hehee..
aku tau n blajo dr ko la beb..
haha..
akan ke cuba try test buat tu bila ku sudah diijab qabulkan oleh tok kadi..hmm.......bila la ye..
hehee..
ko plak??hahaa..

Naz said...

gunakan imaginasi tahap super saiya utk bayangkan mcm mana..

haa.. time dah nikah baru boleh try test the experiment... hahaha...

aku? biarlah menjadi misteri nusantara.. hahahaha....

hysMan.. said...

aku bab2 mcm ni slow..sungguh..
susah nak berimaginasi..

tp la ni,takyh nikah,kawen je pon da boleh berbuat sebeghitu rupa..
baghaimanekah????he..

misteri nusantara da tak best..
baek expose mistik..bru real..
haha..

Naz said...

eleh.. wat2 lemah konon... hahahaha...

kawen laen, nikah laen.. kalo nikah dpt pahala. kalo kawen sajer...? huhuhu...

aku da x ikut criter2 camtu...

hysMan.. said...

betol..aku nih biasenye ketinggalan bab2 sebegini ghupa..member2 aku yg pantas like the flash bab2 mcm nih..
its not my feed..
hahaa..

dpt nikmat yg terhingga..hehehe..

aku pon tak ikut tapi aku follow je...
:p

Naz said...

apa yg penting... kerjasama... hahahaha.... nikah dulu sebelum kawen... ;)

hysMan.. said...

hahaha...
cooperation??hihikk..
mendalam maksud tu..
=)