Followers
Wednesday, April 15, 2009
Khasiat Strawberry
Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.
Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.
Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.
Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.
Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.
Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.
Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.
Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.
Petua penyimpanan
Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.
Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.
Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.
Naz : Teringat time petik buah strawberry kat Cameron Highland...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
perisa eskrem strawbery sedap!!
Hmmmm...susah la nak dapat buah strawberi ni kat sini. Nak kene pegi Cameron sana baru ada...huuuuu. Adik aku kata kat Midvalley ada jual. 3 buah strawberi tu dicucuk dan dicelup ngan coklat. Harga RM10. Mak datukkkk...x_x
Walaweiiiiiiiiiiii
Ada 700 jenis spesis eik!!! banyak tuh!!!
Sempoi Naz tips nih....
Memang betui arrrrrr...
arituh Gua kat Bandung ada gak beli Buah Strawbery untuk dimakan2 sambil jalan2...........simpan kat bawah seat.....
Siut betul.....cepat jer rosak....
Buah nih tak tahan panaihh ar!!!
Kat Bandung Strawbery dia manis dan Besaq gilak siut!!! spesis TeloQ Gajah kut ...hehehhehe
wooooo....aku ni klu flavour strawberi aku suka tp makan strawberi mcm tu je kurenggg..
masam wooo..gastrik gwa..hehee..
3bln lepas aku gi Cameron Highland manyak sejuk,buahnye suma merah2 segar bugar..tp rase masam jugak bro..sampai JB da terok..
aku gi paso mlm kat sna skali pekena strawberi coklat kononnya fav ex-awek aku ler,sodapp jugakk..
awek yg jual tu boleh tahan orgnye..
he...
Siut!!!! Jer Lu HysMan.......
Gua tak suker masam2....
Asam Boi Gua sker kihkihkih.....
Bro Epoi,
cite sebegitu ghupa utk org yg belom berkahwin je..
hahaha..
Post a Comment