Followers
Sunday, April 12, 2009
Awasi Jerat Penyangak Cyber
Minda: Mematahkan jerat penyangak siber
Oleh Melati Mohd Ariff
“SAYA menghantar mesej ini dalam keadaan tergesa-gesa. Semalam, saya melawat sebuah kompleks penyelidikan baru di Imperial College England, London. Kami dirompak di hotel ketika saya membuat tempahan dan mereka melarikan dompet saya (yang mengandungi wang tunai dan kad kredit).
“Tolonglah. Saya perlukan bantuan wang, harap boleh kirimkan 1,500 paun. Anda boleh hantar melalui Western Union Money Transfer, harap balas mesej saya supaya saya dapat memberikan nama penuh saya dan alamat supaya wang itu boleh dihantar.”
E-mel yang bunyinya “agak terdesak” itu kononnya dihantar seorang aktivis kepenggunaan Malaysia.
Ia bukan pertama kali diterima penulis.
Sekitar tahun lalu, penulis menerima e-mel hampir sama kandungannya, kononnya daripada seorang aktivis alam sekitar yang memberitahu dia berada di sebuah negara Afrika dan dirompak. Dia memerlukan wang dan perlu dihantar segera.
Dalam kedua-dua kes, penulis mendapat pengesahan bahawa mereka tidak menghantar e-mel berkenaan, malah berada dalam negara.
Jelas kedua-dua e-mel itu palsu dan mahu menipu!
“Saya terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang kawan memberitahu saya yang dia menerima e-mel menyatakan saya dirompak dan terkandas di London. Sudah tentunya e-mel itu cuba menipu dengan tujuan mendapatkan wang ihsan daripada mereka yang mempercayai kandungan e-mel itu.
“Tetapi yang menghairankan bagaimana orang jahat itu boleh membolosi e-mel saya. Bagaimana mereka memperoleh kata laluan saya?” kata aktivis kepenggunaan, Ismail Abdul Aziz.
Beliau turut memberitahu e-mel palsu itu mencetuskan rasa cemas bukan saja di kalangan keluarganya, tetapi rakan yang menjadi sasaran penghantaran e-mel itu.
Ismail yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna dan Sosial Daerah Petaling (CAPs) berkata antara faktor memungkinkan e-melnya dibolosi ialah apabila beliau terlupa rakam keluar (sign-off).
Mungkin apabila saya terlupa rakam keluar selepas mengirim e-mel, seseorang yang mempunyai cara untuk memasuki e-mel saya berjaya berbuat demikian dan kemungkinan juga si penyangak ini dari luar negara.”
Sejak insiden pengiriman e-mel palsu itu, beliau menukar kata laluan e-melnya.
Beliau membuat laporan kepada Pusat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC) yang kemudian mengemukakan aduan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Tanpa diragui, Internet semakin penting dalam kehidupan hari ini. Ramai menggunakan Internet bukan sahaja untuk mencari maklumat, tetapi untuk membeli-belah dan membuat transaksi perniagaan termasuk perbankan online.
“Penggunaan Internet yang berleluasa dengan bilangan pengguna semakin ramai memberikan kesempatan kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu pengguna. Oleh itu, wujudlah pelbagai penipuan untuk memerangkap pengguna.”
Demikian komen Mohd Yusof Abdul Rahman, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).
“Banyak sekali penipuan dibawa kepada perhatian kami. Ia termasuk penipuan menang loteri atau cabutan bertuah, membantu memindahkan wang yang dimiliki waris hartawan, meminta bantuan kerana terkandas atau kecurian, e-mel membeli perisian komputer, produk makanan berkualiti rendah dan bermacam-macam lagi,” katanya.
Mohd Yusof menggesa orang ramai khususnya pengguna e-mel supaya berhati-hati apabila menerima e-mel seperti dinyatakan.
Pihak melakukan penipuan itu juga, katanya kini semakin berani dan canggih.
“Usah mudah terpengaruh untuk melayan e-mel tidak diketahui kebenarannya.
“Apatah lagi jika terpedaya dengan e-mel penipuan ini, sukar untuk mendakwa mereka terbabit khususnya jika penipu ini beroperasi di luar negara,” kata Mohd Yusof.
Dalam teknologi komunikasi maklumat, perkataan “phishing” digunakan berhubung fraud dan penipuan siber.
Menurut ensiklopedia Wikipedia, “phishing” didefinisikan sebagai proses fraud jenayah dalam cubaan untuk memperoleh maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.
Komunikasi berkenaan dikatakan dari laman web sosial popular seperti You Tube dan Facebook, laman lelongan (e-Bay), perbankan online atau pentadbir IT seperti Yahoo yang biasa digunakan untuk memancing mereka yang tidak mengesyaki.
Menurut ensiklopedia itu lagi, “phishing” biasanya dilakukan melalui e-mel atau mesej segera dan mengarahkan pengguna memasukkan butiran di laman web palsu.
Sebutan pertama dicatat mengenai istilah “phishing” dilapor pada 1996.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima laporan berhubung “phishing” sejak 2004. Pada 2008, SKMM menerima 86 aduan “phishing”.
Menurut suruhanjaya itu, e-mel mengandungi penipuan seperti mengutip wang daripada orang ramai satu kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara mandatori minimum setahun hingga sepuluh tahun serta mandatori sebat dan mahkamah mempunyai kuasa mengikut budi bicara untuk mengenakan denda.
Menurut SKMM, siasatan kes penipuan berasaskan e-mel adalah dalam bidang kuasa polis dan bukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau SKMM.
Bagaimanapun, kata suruhanjaya itu, ia boleh mengambil tindakan serta-merta dengan menyekat akses ke laman “phishing” mengikut Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Sesiapa tidak pasti kesahihan laman perbankan Internet, rujuklah SKMM.
Sebagai tambahan, SKMM dan Internet Service Providers (ISPs) bekerjasama dengan PDRM dalam siasatan berhubung kes e-mel berasaskan penipuan.
“Paling penting pengguna perlu ingat, jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi dan lebih berhati-hati apabila menerima e-mel menyatakan menang loteri atau pertandingan, menerima wang daripada cabutan bertuah atau meminta derma.
“Berhati-hati apabila menerima e-mel daripada orang tidak dikenali. Di samping penipuan, e-mel juga mungkin boleh mengandungi virus atau “malware” (perisian berniat jahat),” kata SKMM.
Pengguna juga boleh memasang penapis anti-phishing yang boleh memberi mereka amaran mengenai laman phishing.
Sesiapa menerima e-mel meragukan, rujuk perkara itu kepada polis atau sebagai pilihan mengemukakan aduan atau merujukkan laman web diragui kepada Biro Aduan SKMM secara online di http://aduan.skmm.gov.my atau telefon 1-800-888-030.
Aduan juga boleh dihantar menerusi faks ke nombor 03-8688 1880 atau menulis kepada Biro Aduan Pengguna, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.
SKMM menasihatkan pengguna Internet tidak melakukan perkara berikut:
# Pastikan tiada sesiapa memiliki akses komputer anda atau kegiatan online.
# Selalu rakam keluar e-mel atau transaksi online dengan segera sebelum melayari laman web lain.
# Jangan menghantar maklumat peribadi atau perbankan seperti nombor akaun, baki bank dan PIN (nombor pengenalan peribadi) menerusi e-mel.
- Bernama
Naz : Penyangak berada di mana-mana sahaja. Jadi berhati-hatilah selalu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
33 comments:
betul pyangak ada di mana2 saja...dlm poket kita pun dia ada
kdg2 kita sendiri penyagaknye..hehe...
minda dibawah sedar..
beware!!
Ab..
dlm poket? aku blur, apa tu?
Man..
Wallaweii.. lama x nampak muker ko. mana g? kawen ka??
berhati2 di mana2 saja, trmasuk dng dng diri sendiri... hahahaha...
berhati2 je d mana2
baru akan ok
Aku penah terima e-mail camni, mintak tolong masukkan duit kat dalam akaun bank dia sebab dia terkandas kat negara mana ntah. Banyak kali. Tapi aku buat donno je...huhuhu. Kat dalam dunia internet pon ada penyangak ye...haishhhh...
kawen??jeng3x..
aku gi dok bercutiiii lor...
kihkihkih..
dlm email aku pon kdg2 dpt junk mail dr ntah sape tah,ckp menang la nak mintak tolong la..tapi aku trud delete tak manyak pikir..
hehe..
:p
joegrimjow..
betul tu bro. kita kena sentiasa berwaspada...
Lela..
ni taktik meraih simpati. sapa yg percaya, akan jadi mangsa. aku pulak dpt email dr sorang kerabat arab saudi. dia nak wasiatkan harta berbilion2 kat aku. hahaha... aku buat dek jer...
Man..
brcuti ke mana bro?
delete jer. aku dpt email menang loteri international. ada sekali aku balas 'F%$k' dng front saiz 50... hahaha.. padan muka depa..
Ngaaaaa...wasiatkan harta? hahahaha. Kalau betul, dah jadi billionaire la ko Naz...hahaha
Lela.. masalahnya mender tu tipu. hanya org yg kurang siuman jer yg hantar email kpd org yg dia x kenal utk wariskan harta pusaka. fikir logik saja. kalo betul dia ada harta sebanyak tu, x kan pakai email yahoo. dia x mampu nak beli dot com sendiri ker??? hahaha...
bahaya..bahaya..
mcm2 gaya penyagak sekarang ni ekk...
ikhlas dari..
anem yg pernah menang rm10000..ngehngeh..
Anem..
Memang bahaya..
Tahniah.. bila nak blanja? rm10000 tu! hahahaha...
alamak..
anem baik hati kn time tuu,anem soh dia bagi kat org lain jerrrrrrr..heee~
Anem..
kasik kat org? gila pmurah sungguh.. hahaha..
Zooom Malaysia...
hehe...
Naz,abes tu dorang reply balik tak??
fuh puas ati noooo..
kihkihkih..
Man..
gambo baru nampak. siap pakai topi lg tu.. hehehe..
ko zoom kat mana bro? langkawi ker?
depa x replay pun. memang pueh hati giler... hahaha...
Takde kemane Naz,jalan2 carik makan buncitkn perot..hehee..
dekat2 je.. :p
abes tu ramai yg cakap gmbo lama aku tu mcm control macho je..tak suka ar org dok ckp mcm tu..aku tuko gambo nak puaskn ati suma pihak..nnt klu ade yg tak berkenan tuko lagi..hehe..poyo je aku..
:p
pergghhh..klu aku da buat pulut kuning daa..
hehe..
oo... jln2 cari makan la yer, Man? elok juga buncitkan perut tu. kata orang nampak cute. hahaha...
kontrol hensem? aku x pikir pun camtu. mungkin depa tu jeles kot..
aku ingat depa mesti bengang giler kat email aku hantar tu. padan muka..
buncit perut cute??hahahaa..hang bio betul Naz..
abes tu pompuan pakai baju ketat nampak perut buncit pon cute la ye..aiyoo...hahaha..juz 4 laugh..
takde makna nye depa nak jeles..menyampah lagi ade laa..
ku turutkan lor..
Aku paling tak suka org ckp aku ni control ke,cover ke..sensitif woo.
aku nak look like natural..
chewahh...poyo lagik..
klu aku jadik ko Naz,aku da attach sejibik gambo yg sure die dok insaf klu dpt...apakah itew??
jeng3.. :p
x silap aku zaman akhir 90an dulu ada trade mark yg pompuan suka. style lelaki kepala botak yg perut boroi. kat kl time tu ramai yg wat style camtu. hahahaha... aku sakit perut tngk style tu. apa la punya x hensem depa ni, sanggup wat camtu demi style. tp seyes, ramai pompuan suka....
aik da tukar avatar lg bro?? bior la apa org nak kata. janji ko ni hensem. betul tak??
gambo aper tu bro?? jeng3x
iye ke Naz??aku tak perasan atau aku tak tau..tak penah dengar pon style mcm tu..ade ye??hmm..barangkali aku maseh budak2 skolah so tak alert ler..hehe.
nnt ku kaji..nak jugak aku follow gaya tang tu..ko tak tuko imej sebegitu plak??
tuko lagi coz aku tgk gambo tu mcm poyo plak..geli den..hehe..
so tuko gmbo lagi..yg aku rasa average..tgh2..
bro,nak banding ko dgn aku,ko lagi hensem bro..aiyaaa luu...sungguh!!
gambo ape??adelah..18sx..kihkihkih..
tp style tu kejap jer. aku x leh buat pesal aku sek lg dan aku ni kurus mcm btg lidi... susah nak memboroikn perut..
la... aku x pk pun gambo tu poyo. ok jer.. tp gmbo skrg lg nmpk ceria dan sporty. ko pegang joran ke apa tu? aku hensem kdng2 jer. tp biasanya x hnsem..
18?? hehehe.. ko ni bikin hot jer. nak tngk..
ooo dlu kurus mcm lidi,tp skrg tak nak buat ke bro??aku tgk badan ko mcm da berisi skit..hehe..tp boroi ke tak hanya ko yang mampu (da mcm lagu aizat)..hahaa..
iye ke??pandangan org laen2 kot..
tp aku tak suka..hahaa..
gambo tu time aku dgn member2 jungle treking kat Pulau Tioman,singgah jap kat berjaya golf..yg aku dok pegang tiang bendera lubang golf ler tu..hehee..
Ok la jugak sekurang2nya ko ade gak kadang2 hensem tp mcm aku all da time tak hensem..hampehh..
Nak tengok??aik,dosa kita jgn share dgn org lain..bio kita je yg nanggung..hehe..ko jugak yg ckp kan??haha.. :p
skrg ni badah gue dah naek. tp masih still maintain berat badan ideal. kalo terlebih sikit value tu dah jd berat badan x ideal. hehehehe...
ooo.. tiang golf rupanya, ingatkn joran.
abis gambo ko kat facebook tu, x hensem ker. boleh jd model iklan sabun tu...
biarlah hensem kat dlm. x hensem kat luar pun x per.. hehehe..
ok lah cikgu. x nak tengok lah kalo camni... hehehe...
aku ideal ke ek??bln 6 taun lepas berat aku 59kg sampai je bulan 3 taun ni da cecah 70kg..ayooo..
sesuai ke ek??
aku manyak makan wooo..hehee..
sabunnn dibilik mandi,sabunnnn..
ko penah dengo??hehe..
mane ade bro,itu cuma dlm gambo..kat lua tengok..
hancusssss....hahaha..
betul tu Naz,hati mau bersih barulah bebetul hensem..luaran hanya pinjaman dari Allah SWT pada hambanya,bila2 bleh ditarik nikmatNya..
ayat hang tu,gaya nak pancing aku tuh...hehe..mcm aku tak paham je..
hahaha..
kalo tinggi ko dlm 170 keatas kira ideal la tu. berat (jisim, chewah..) kita sama lebih kurang la.. boleh pinjam baju hang.. hahaha...
sabun?? hehehe... aku pun sama da.. luar nampak hancur.. hehehe..
ya.. bethull.. aku sokong pandapat hang tu. cantik dlm yg paling penting.. kalo harap hensem jer lebih tp hati busuk tahap loji kumbahan x maintain 6 bulan, x guna. buat tuhan murka..
manada pancing, cuma aku tngh menjala jer.. ;p
iye ke??ooo jadi aku lebih dr 170 jadik ideal la ye..alhamdulillah..
baju aku murah2 la bro,takde yg branded.org mcm ko tak layak pakai baju cam aku..nnt nampak cam peminta sedekah pula..jatoh kreadibiliti ko sbg sorang bos..
hmm..
ko tak penah dengo ke ayat tu??
"sabunnn dibilik mandi,sabunnnn..
"
tak ler,aku dapat aura 1st impression bila nengok or jumpa sesorang..mcm ko ni mane ade hancur la,mantopp lg ade la weii..hensem woooo...!!!
tapi bro,org yg cun n hensem nih slalu menang dlm ape jua permainan dan keadaan nk dibandingkn dgn golongan sebaliknya..hampehh..
mungkin kurang keyakinan diri..
fuyoo,tak puas nak mancing nak menjala pulak??fuh.....!!!
:p
kalo camtu, ok la jisim nisbah ketinggian ko tu. tu la berat badan yg ideal. aku bos kecik. pakai baju murah2 ni no hal. aku lg suka pesal x membazir. apa ada pd brand, ye tak??
eleh... nak trik la tu. mcm ko kena hari tu. hahahaha... ala, crita laksamana doremi la.. hahahaha... tuan putri seksi tu, smpai laksamana kena cari sabun...
kalo hang jumpa aku nnti, baru tau.. hehehe... seyes aku jenis x hensem..
hmm... x kot. kurang keyakinan diri dtg dr minda yg sentiasa melihat org lain lebih hebat. kalo kita bleh buang fikiran sebegitu, kita boleh berjaya dng lebih cepat. org yg patut kita bersaing ialah dng diri kita sendiri..
kalo menjala x pueh.. aku letak bom ikan jer.. hahahaha...
bos kecik tapi poket beso ok la tu bro..iye betul aku setuju..
tapi ramai mmbr2 aku pakai baju branded mahal2..aku jadik segan nak klua dgn dorang..hmm..
niat aku klu 1 ari nnt aku jadi kaya raya,aku nak sempoii je..taknak show yg aku nih kaya..murah tp kemas..tapi buat takat nih tak payah nak berlakon sempoi sebab aku mmg tak kaya pon..hahahaha..
hahahahahhaaaaa..tau pon ko..
hehe..manade trick..poyo!! :p
sama la kita tak hensem..mari kita bikin satu persatuan bagi org2 yg tak hensem nih...ade ke yg nak join??aiyooo... :p
tapi aku takleh la Naz,aku down bila tgk org tu sempurna..aku rasa diri aku ni kecik je.tak layak..nnt kpale aku pk,"takpe lah mungkin bukan rezeki aku..biarkan die,sememangnya die betul2 layak.."
ha itu lah yg berlaku pada aku wooo.. :)
ade ke bom ikan???nnt ikan mati la yoooo!!!
kalo kita show apa yg kita ada, penyangak aku dtg dekat. hehehe.. so, lebih baik bersederhana dlm segala hal...
nak wat club baru? club yg ada ni pun x terlayan.. kelab bh.. lama dah sunyi.. hehehe
oo.. rasa diri x staraf dng Tuty la yer. hmm.. aku pun ada masalah cam ko gak dolu2. ala.. kalo dah jodoh x ke mana.
ada la bom ikan. kalo bom kat lubuk, semua ikan timbul. kdng2 buaya pun skali timbul.. hahaha...
tak la nih,penyangak da pandai..
dorang survey dulu latar blkg bru dorak sangak..hehe..
abeh tu pengerusinye dok bz.nak jalan camne..haha..
aih,maksud aku bukan takat cintan cinton nih je,maksud aku more pada life dan rezeki..
timbul la buaya darat..
:p
Post a Comment