Followers

Thursday, April 9, 2009

Derma Darah Sebaik-Baik Sedekah


Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : ” Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32)

Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.

Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.

Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda : ” Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`la Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 - 287 ). Dalam hadis sahih tersebut : ” Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Luqlu Walmarjan nombor 667 ).

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : ” Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah ; Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Luqlu Wal Marjan - Hadis 1447 )

Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap agama Islam tidak memandang penting mengenainya.

Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.

Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya; “Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.

Naz : Dermalah darah... Hari ini orang lain memerlukannya... esok lusa siapa tahu kita pula yang memerlukannya...

27 comments:

joegrimjow said...

dah 2 kali pernah derma
bestt

Naz said...

joegrimjow...
tahniah.. ko adalah warga negara yg prihatin. kalo x silap 3 bulan sekali boleh dermakan?

Unknown said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Naz said...

Anak Pendang Sekeluarga...

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya dan berkongsi ilmu.

Saya sudah follow blog saudara..

Salam perkenalan ikhlas dr saya :)

nonna manis said...

jomla kite derma darah..amat bermakna darah kite apabila di dermakan..
setiap kali derma kite leh selamat kan 3 pesakit tau

Naz said...

nonna manis..
betul.. drma darah akn menyelamatkn nyawa shingga 3 org. hari ni hari depa, mana tau sok lusa?? mungkin kita atau ahli keluarga kita memerlukannya... :)

hysman said...

betul tu..
slagi kita ade kudrat meh ler kita menderma..tak rugi pon..
hari ni hari depa esok lusa sape tahu..
cewaaahhh..
hehehehee..

Naz said...

Man..
hang da derma brapa kali? rakyat yg prihatin kena berkorban sehingga titisn darah terakhir utk nusa dan bangsa.. bukan berjuang di medan perang, tp berjuang psikologi gerun nak kena cucuk jarum time derma darah..

hysman said...

atas nih statement poyo aku la Naz..Aku takde menderma lagi..
member aku ade ajak tp time tu doktor tak bagi..tekanan darah aku sentiasa rendah..takot badan aku tak dpt tahan..down..
hehee...
aku nengok jaromnye..mak aiii...
hehehee...
tapi rumet aku tu lepas derma darah,badan naek wooo..
he..

Naz said...

baru 1st aku tau derma darah boleh wat badan naek. mungkin kebetulan kot? x kan pesal derma darah boleh jd gemok?? jarum dia memang besar sket, tp x sakit. lagi sakit kalo kena gigit ngan emut api.. seyes..

hysman said...

betol..aku tak tipu Naz..badan rumet aku naek giler badak..
:P
iye ke geget semut api lagi sakit??nnt la..aku makan banyak2 pastu aku derma darah..takot drh rendah lagi..
hehee...

Naz said...

wow.. menakjubkn.. try la dia drma lg. mana tau badan dia boleh back to normal balik.. kalo da gemok, sure bnyk darah..

ko mkn kerang atau black mushroom bnyk. tu utk tmbah darah dlm bdn. lepas derma spital kasi ubat tmbh darah lgi.

hysman said...

tapi bro mamat tu gi gym badan die naek bukan gemok tapi fit giler..sasa woo..hehe..

oo makan kerang ye??hmm..takpe akan ku makan kerang,kupang,lala,lokan dan cenkerang skali..hehe..
:p
insyaAllah,nnt aku derma la darah..

Naz said...

kalo camtu, ok la. ingatkan gemuk dan boroi... hehehe...

jng la mkn smua skali. nnti bole kena gout. nak derma ni x der paksaan, kalo dah time, g lah spital. kdng2 nurse pelatih yg serve. (ayat peransang..hahaha..)

hysman said...

hahahaha...
takde la mcm tu skali..hehe..

iye ke Naz??nurse pelatih??
hehe..ptg ni jugak aku pi.. :p
Gout??masyaAllah..hope,dijauhkan la..kesian aku tgk sesape yg kena gout tu..takot aku..
:(

Naz said...

betul aku x tipu.. ada tu pegang pergelangan tangan smbil tersipu2 malu. nurse tu pegng pesal nak amek darah. tp laen jdnya... hehehe...

hysman said...

wahh...naseb baek pegang pergelangan tangan klu die terpegang 'tuuttt'...adoyaaiii..
dush!!penumbuk sejibik..hahaa..
aik,tp jadik ape bro akhirnya??nk tau gak??:P

Naz said...

'tuut'? aperkah itu ha? akhirnya dpt no tel. hahahaha....

hysman said...

'tuut' tu maksud aku Tuty name member aku..hehe..
pastu,ko tepon die tak geng??
kesudahannya??

Naz said...

Tuty, wow.. mcm nama minyak 2t moto jer...

bodo la aku kalo x call.. hehehe... akhirnya.. rahsia...

hysman said...

iye ar..nama member aku tu Tuty Rahiza..lawo gilerr...cunn..nak tak??

ko dgn kawan sendiri pon nak rahsia..mcm ler aku nih paparazzi ank korek kisah2 ko..hahaa..
no worries geng..oraitt..
:)

Naz said...

ish.. x nak la. ko ingat anak dara org mcm bola ker? bleh maen pas2. ;p

aku maleh nak story, ada mata2 memandang.. hehehe....

hysman said...

Ya Allah,bukan maen pas2 bro..tapi klu nak nnt aku boleh tolong adjust kan..kita merancang Tuhan menentukan..jodoh pertemuan ditentukan olehNya..

sape yg nak mandang??Sulela??
hehe,juz jokin'..
takde ape la bro,aku saje je..
abaikan.. :p

Naz said...

kalo ikut hati tu nak. sape x nak awek cun.. hehehe.. tp naper ko x adjustkn kat ko sajer? lg bagus pesal ko dah kenal lama..

1 dunia memandang.. Lela? dia sahabat maya aku la..

hysman said...

hehe..gatai jugak hang nih yopp..
aku nih tak sesuai utk die,sbb die cun sangat..aku nih hancuss mane layak utk die..jadi driver die bleh laa..tak brani aku nak tentang mata die..
chantek menarik tertarik ko mamang tembamm...:p
hahaa..

Naz said...

bukan gatal, tp nakal jer kalo bab2 camtu. best gak dpt kenal dng awek cun. tp skrg aku dah x der masa utk berpoya2. hehehe...

hysman said...

hello kawan,bukan berpoya2..
tapi berkawan2..ajak ler gi forum perdana ke,tazkirah kat masjid ke,ikot tabligh ke.. :p