Followers

Friday, April 10, 2009

Wanita ibarat bunga


Wanita ibarat bunga… cantik indahnya pada pandangan mata hanya
sementara… Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia
akhlaknya… kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah
cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati
kosong dari ilmu… Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi
busuk baunya… Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang
menyenangkan… Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata
kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi
nilainya….

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah
telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan
mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip
oleh wanita solehah. Kerana itulah… Sebagai anak, dia menjadi anak yang
solehah… Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai
isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati
suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih
sayang… dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang
tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya… Islam tidak membezakan
kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki
melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah… Firman Allah dalam
surah an-Nisa’, ayat 24 yang bermaksud… “Barangsiapa yang mengerjakan
amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang
beriman maka mere
ka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : “Harta yang paling
berharga di dunia adalah wanita yang solehah.” hari Muslim

Wanita Menurut Perspektif Islam

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana
eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan
wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan,
sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki
dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah
telah berfirman, “Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”
An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang
bermaksud : “Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas
adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik
dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.” hari
At-Tirmidzi

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan
menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud….
“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari
tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba
untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya
ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita
kamu.”Al-Bukhary dan Muslim.
Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh
dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh
itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka
sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu
kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan
untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat
bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai
wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri
untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada
kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Wanita menurut perspektif Islam adalah :

Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. “Dan diantara
tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri
dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya.” lah Ruum : 21

Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. ” Dan dijadikan
diantaramu rasa kasih dan sayang.”lah Ruum : 21.

Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. “Allah
menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan
menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu.”An Nahl :72

Email ini dikirimkan oleh HysMan.
Naz : Sayangilah wanita...

22 comments:

Anonymous said...

info yg memberikan kesedaran kpd kaum lelaki trhadap wanita..

Sulela said...

Terusik lak hati lepas baca. Akupun sayang kaum wanita gak. Wanita memang ibarat bunga...

Naz said...

Anonymous..
ya, kaum lelaki perlu sedar yg kaum wanita ni sebagai pelengkap mereka.

Lela..
Bukan saja bunga, malah boleh jadi akar dan pokok... kaum lelaki sukar hidup tanpa kaum wanita...

Along Fina said...

aku bunge.. yeyh!!!!!!!!
hahahahaaaaaaaaaaaaaa

Naz said...

Fina..
ya betul.. ko nak jd bunga apa?

hysman said...

Wanita hiasan dunia..
seindah hiasan wanita yg solehah..
tp la ni susah nak carik yg pure..
opppsstttt..hehe..
bukan ape suma nak lebeh dr lelaki..hmm..
=)

Fina hang jadik bunga kembang semangkok..boleh??huahuahua...

thanx coz ko sudi post n3 ni..
bangga woo aku..tp awat nama aku hang salah eja Naz??
hehehe..

Naz said...

Man..
susah nak jmpa yg btul2 pure. wanita yg baik utk lelaki yg baik..

soli la bro, aku da btulkan ejaan nama hang.

hysman said...

Naz tapi la ni bnyak wanita yg baek dpt laki yg tak baek sbb tu banyak kes cerai berai..
begitu jugak sebaliknya..
kesian kat sesape yg berkenaan..

ke'soli'an mu ku trima..hehe..
ala..small mater ar bro..
saje je gwaa...he..
:p

Naz said...

pasal tu la dia bercerai Man.. pesal laki lama dia x baek. hehehe..

ok, tq

hysman said...

bukan laki lama die tak baek tapi pompuan tu yg tak baek..
mcm kes nash dgn sosilawati..
oppsttt!!!kahkahkah...
:p

Naz said...

whooitt.. gosip artis ni. x campur, cuma dngr2 jer.

kalo seblah pihak jer baik pun x jadi. makan hati brulam jntung.. sedeh...

hysman said...

bukan bergosip bro tp buatkn kes org lain sbg pengajaran utk kita sendiri..iye dakk??

aik,mcm ade pengalaman je bro..
:)

Naz said...

boleh juga. asalkan x jaga tepi kain org sngt dah ler..

tengok kisah benar kat tv jer. hahaha...

hysman said...

jgn jaga tepi kain org bro..terlucut plak nnt..
aku jaga tepi slua depa..tak kesah..
kihkihkih..

iye ke?? :p

Naz said...

apa ko nampak? hehehe...

iyer.. x tipu. semuanya benar2 blaka.. ;p

hysman said...

fuyooooo..ape aku nampak??ader laa...nak tau??hmm...rahsia kerajaan nooo...hahahaha..

somtime kata2 pendapat sering dinafikan padahal itu adalah pengalaman..hehehe.
saje nk korek...
:)

Naz said...

rahsia krajaan mana Man? krajaan zimbabwe ker? :p

ko nak korek apa hah??

hysman said...

tak ler,kerajaan popua new guinea..
ade kaa??hehee..

korek tanah lor..
nak pecah tanah buat bangunan 15tingkat..
aik takde pape..saje nak buat gempaq..aik cemas jer..
:p

Naz said...

ingatkan krajaan uganda.. hahaha..

bukan cemas, tp risau dng org yg nak korek2 ni... takoot... hahaha..

hysman said...

woo..naseb baek tak senegal..
hehe..

nak takoot apenye beb,tak buat jgn takoottt..hehe.

Naz said...

hehehe... senegal.. power maen bola tu..

kalo terbuat, wat2 x takot ker? hahaha...

hysman said...

tau takpe,senegal mmg manyak power..aku dlu sokong team depa ler..hehe..

ayat hang ade udang disebalik mee wooo..hehe..